Ini bukan kisah ubat kurus. Ini kisah perubahan diri. Sebenarnya saya nak simpan kisah ini tapi setiap kali program penampilan imej diadakan, saya jumpa ramai wanita yang selalu mengadu rasa rendah diri, dan tiada keyakinan. Jadi, saya berniat untuk kongsi kisah saya ini agar dapat bantu beri semangat untuk berubah.

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang

Ketika berumur 17 tahun, badan saya dah mula naik. Yalah, dulu aktif sukan kemudian apabila berhenti dan asyik fokus study lama-lama dah tak endah pasal penampilan. Orang rendah macam saya ni pula bila berisi sikit memang nampak gemuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tak pandai nak bergaya apatah lagi nak mengajar orang untuk bergaya. Saya selalu rendah diri bila berkawan dengan orang-orang yang cantik. Ramai peminat pula tu. Tak payah cari, ramai menunggu. Saya pula minat orang tapi tak ada pun yang sudi. So sad.

Peristiwa paling saya ingat apabila teman kawan jumpa seorang lelaki ni. Okay saya tahulah dia minat kawan saya tu tapi tak perlulah buat lawak sampai mengejek saya bulat macam Doraemon. Sedih sangat masa tu. Syukur kawan saya tu pun tak kahwin lelaki mulut laser tu. Forgiven but not forgotten.

Jauh di sudut hati; selalu rasa rendah diri, tiada keyakinan, dan pemalu. Menangis dalam hati. Tapi disebabkan saya pandai cover (jiwa ‘brutal’ lah katakan), maka tiada siapa tahu.

Saya pun nak jadi lawa bergaya tapi malu.

Kawan bagi suggestion tapi saya menolak sebab rasa tak sesuai. Saya pakai baju besar-besar sebab saya rasa boleh buat nampak lagi kurus. Hakikatnya saya nampak lebih besar, lebih gemuk.

Saya mula berubah apabila dicabar oleh seorang rakan supaya saya kuruskan badan. Saya ini pula ketika itu jenis remaja yang pantang dicabar maka saya sahut cabaran beliau.

Cuti semester saya ambil kesempatan untuk turunkan berat badan. Hari-hari jogging dan cut off nasi! Daripada 65kg turun 52kg dalam masa 2 bulan. Baju seluar dah banyak longgar. Happy sangat!

Saya rasa itulah antara pencapaian hidup yang jadi turning point untuk saya teruskan berubah. Confident level jangan cakaplah. Memang berbeza!

Zaman itu pendedahan tentang ‘Grooming Imej’ sangat kurang. Jadi nak dapatkan ilmu tentang imej memang susah. Lama-kelamaan saya cari inisiatif sendiri untuk ubah gaya. Baca majalah, tengok rakan-rakan yang pandai bergaya.

Dari situ saya dapat inspirasi. Kemudian saya mula bantu rakan-rakan yang minta ubah imej. Jadi, jika ada yang kata kepada saya:

“Azlia takpe, pakai apa pun cantik.”
“Azlia pandai matching baju, saya tak pandai.”
“Azlia kurus, saya gemuk mana lawa nak bergaya ni.”

Saya mahu membuat pengakuan. Sebenarnya saya mengambil proses yang lama untuk ke tahap sekarang. Saya pun pernah merasa jadi orang yang ‘pakai apa pun nampak gemuk’.

Saya pernah depress asyik makan sebab nak ‘comfort’kan diri. Makan buat saya rasa gembira. Tapi sampai bila? Saya berubah sebab dah penat rasa rendah diri.

Anda penat tak asyik rasa down, menangis, low self esteem? Penat kan? Apabila kita dah berubah, Insyaallah confident dan keyakinan itu akan datang. Percayalah.

Jika kita tak tolong diri kita, siapa lagi yang boleh tolong? Upahlah Perunding Imej mahal sekalipun, tapi kalau kita tak nak berubah tak menjadi juga.

Jadi mulai hari ini tolong sayangi dan respek diri anda. Buang semua alasan, mulakan langkah untuk berubah. Tak semestinya nak tunggu kurus baru nak bergaya. Ada banyak ‘Tips & Tricks’ untuk wanita plus size bergaya.

Kalau saya boleh buat, kenapa anda tak boleh? Tiada masa nak bergaya? Itu alasan lapuk. Bak kata quotes yang popular:

“There are no ugly women, only lazy ones.”

Tak dapek den nak tolong kalau macam tu. Jom bertukar dari Doraemon kepada Wonderwoman.