Siapa yang tidak ingin berjaya dalam hidup? Malah, bonus jika anda dapat merealisasikan impian dan pastinya melakukan sesuatu yang anda suka akan membuatkan anda gembira.

Tidak mudah putus asa, Daliey Fazdly kini dikenali sebagai pereka fesyen muda yang namanya kini makin meningkat naik dalam industri fesyen. Tapi ramai yang tidak mengetahui kisah sebelum beliau mencapai kejayaan ketika ini.

Menerusi perkongsian beliau di Facebook, selepas sahaja tamat belajar diploma pereka fesyen, rezeki tidak berpihak kepadanya dalam industri seni. Maka, beliau bekerja dahulu sebagai juruwang di MR.DIY di Moyan Square.

Ketika mula bekerja sebagai juruwang, Daliey mengatakan bahawa ramai orang yang ketawakannya kerana ada diploma tetapi kerja cashier sahaja. Tambahnya, Daliey akui berasa malu kerana hanya bekerja sebagai juruwang dan bersimpati kepada ibu bapanya yang mungkin malu dengan pekerjaan anak mereka.

3 bulan bekerja, Daliey nekad membeli mesin jahit walaupun perlu membuat pinjaman dan mesin jahit itu titik permulaan dunianya berubah. Beliau mendapat banyak tempahan menjahit sejak itu dan berjaya melangsaikan hutang PTPTN serta mesin jahit setelah hampir 2 tahun bekerja.

Pada tahun 2017, Daliey mula serius untuk terus berada dalam industri fesyen dan ingin buktikan kepada bapanya bahawa diploma beliau tidak disia-siakan. Berkat usaha Daliey dapat dilihat ketika rekaannya dipamerkan di pelbagai pertunjukan fesyen dan pertandingan kecantikan.

Walaupun pernah dipersoalkan oleh bapanya sendiri mengapa beliau berputus untuk mengambil jurusan tersebut kerana ia dianggap ‘tidak laku’ dan ditertawakan tetapi beliau tidak pernah berputus asa. Jadi, jangan pernah berputus asa!

Jangan pernah berputus asa untuk mencapai impian anda. Kami ingin kongsikan beberapa artikel tentang kisah yang anda boleh jadikan inspirasi. Klik sahaja pautan di bawah ini.

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

Mula Gali Kubur Sejak Umur 12 Tahun, Lelaki Ini Pilih Jadi Pemandu Van Jenazah Sebagai Kerjaya

Ayah Masuk Lokap Dan Mak Ditahan Hospital Sakit Mental, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bangkit Untuk Berjaya