Setiap orang mempunyai permulaan yang agak sukar. Begitulah juga kisah lelaki ini sewaktu mula berjinak dengan dunia keusahawanan 10 tahun dahulu. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa ditempuh pengasas produk tenusu terkenal di Malaysia ini iaitu Farm Fresh sehingga akhirnya berjaya dikenali ramai seperti sekarang.

Menerusi laman Facebook peribadi, Ketua Pegawai Operasi (COO) Farm Fresh, Azmi Zainal ada berkongsi mengenai kisah perjalanan beliau sebagai seorang usahawan yang memulakan perniagan secara kecil-kecilan sehingga ke peringkat antarabangsa.

IeyF5TFq
HYPE
Skrin, Bateri & Storan Lebih Besar, HUAWEI Y9 Series Sedia Ditawarkan Daripada Harga RM799 Sahaja!
Baca lagi →

Menurut perkongsian tersebut, beliau bermula dengan hanya 60 ekor lembu sebagai permulaan dengan membeli susu dari penternak dan menghantar stok ke seluruh negara menggunakan bas ekspres sahaja.

Tulisnya lagi, Beliau turut melakukan jualan ke kedai-kedai runcit ketika mula berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Malah, di sebelah petang, beliau akan menjual susunya itu di tapak pasar malam dan pasar tani.

Kenapa GV Farm Fresh ada segmen kongsi rezeki? Bagus ya Farm Fresh n Astro ni bantu artis2 yg memerlukan…byk sekali…

Posted by Azmi Zainal on Saturday, 23 November 2019

Kesusahan yang dihadapi tidak sedikit pun mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha walaupun sering ditertawa dan diperlekehkan oleh orang sekeliling.

Melalui pengalaman yang sukar dahulu membuatkan beliau mengambil inisiatif untuk menjadi penaja utama program realiti nyanyian Gegar Vaganza dan melakukan sumbangan untuk penggiat seni yang kurang bernasib baik.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menaikkan lagi semangat orang ramai untuk terus mengejar impian masing-masing.

Dikepilkan beberapa kisah inpirasi yang mungkin anda berminat untuk membaca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netizen Angkat Nor Salwani Sebagai Hero Selepas Misi ‘Gila’ Bongkar Salah Laku 1MDB

5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain

Sekolah Ini Beri Hadiah Motosikal Dan Tiket Percutian Kepada Pelajar Dengan Kehadiran Penuh

Anda Mungkin Suka