Sejak minggu lalu, hangat dibicarakan mengenai seorang gadis yang dipersenda dan dibuli netizen ketika sedang membuat siaran langsung dan berkongsi mengenai solekan di aplikasi TikTok.

Gadis berkenaan yang dikenali sebagai Nurul Janatul Sobah Rajaai difahamkan menerima beberapa komen yang tidak sepatutnya daripada netizen dan telah menerima perhatian daripada beberapa selebriti tempatan sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini, selepas menerima pelbagai sokongan daripada netizen dan juga artis tempatan termasuk Yuna dan Aizat Amdan, gadis berkenaan baru-baru ini dalam hantaran yang dibuat di Facebook telah tampil dengan gaya terbaru beliau.

Melalui perkongsian dibuat Syakirah Suhairi, yang difahamkan merupakan seorang jurusolek– beliau telah memuat naik video pendek yang menunjukkan transformasi gadis berkenaan.

“Kita siapa nak menghukum orang, nak menghina orang.

See cantik kot weyyyy ciptaan Allah ini,” tulisnya dalam perkongsian yang tular di Facebook itu.

Gadis yang dikenali dengan nama Sobah itu sebelum ini juga ada berkongsikan video mengenai solekan sebelum kejadian yang menimpa dirinya.

Walaupun niatnya hanya untuk berkongsi ilmu solekan dengan orang ramai, namun ada segelintir penonton yang tidak faham dengan apa yang cuba dilakukannya, seperti dilaporkan Mstar.

Bagaimanapun, kisahnya dibuli dan dipersenda segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab itu tidak mematahkan semangat beliau terutamanya selepas menerima kata-kata sokongan daripada netizen.

Baca kembali perkongsian kami sebelum ini mengenai sokongan yang diberikan netizen dan juga artis tempatan selepas kisahnya tular di media sosial melalui pautan di bawah.

Aizat Amdan Dan Yuna Tampil Beri Sokongan Buat Gadis Dipersenda Netizen Di TikTok

Reaksi Pak Cik Jual ‘Bundle’ Dalam Gelap Sewaktu Terima Berita PKP Buat Netizen Sayu

Kenapa Anda Dilarang Menggunakan Gambar Ini Sebagai ‘Meme’ Atau Bahan Jenaka?