Bukan sahaja cantik tetapi juga berbakat, IU merupakan seorang penyanyi solo dan pelakon yang cukup dikenali di seluruh dunia. Bahkan, walaupun anda bukan peminat KPOP dan K-Drama, anda mesti mengenali dirinya.

Drama Hotel Del Luna yang dibintangi oleh IU telah mencipta fenomena dan turut disiarkan di saluran TV tempatan ketika ini. Lee Ji Eun atau dikenali sebagai IU tidak menjadi selebriti terkenal dengan mudah dan mengharungi pahit getir dalam hidupnya sebelum berjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang tidak tahu, keluarga IU berdepan dengan masalah kewangan dan menyebabkan IU bersama adik lelakinya terpaksa tinggal dengan neneknya. Pada mulanya, mereka hanya tinggal bertiga dalam satu bilik yang dipenuhi dengan lipas sebelum berpindah ke rumah saudara mereka.

Sepanjang IU dan adiknya menetap di rumah saudaranya, IU menerima penderaan emosi oleh bapa saudaranya yang sering mengherdik dan memperlekehkan impiannya untuk menjadi seorang penyanyi.

28156857-153481638673616-2212712591929638912-n-3863dc7f83b512bd4489c21191bfb706
IU ketika kecil. Sumber: IDN Times

Nekad mahu jadi penyanyi, IU telah hadiri lebih 20 uji bakat berbeza tetapi ditolak mentah oleh agensi. Malah, beliau juga ditipu oleh agensi dimana terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk muncul dalam rancangan TV dan jalani latihan.

Lantaran itu, beliau berasa kecewa dan sedih kerana wang tersebut merupakan hasil titik peluh neneknya yang menjual aksesori secara kecil-kecilan. Tidak berputus asa, IU diterima masuk oleh LEON Entertainment.

IU membuat kemunculan sulung pada tahun 2008 dengan lagu Lost Child tetapi tidak mencapai kejayaan besar. Selepas beberapa pengeluaran lagu baharu, IU berjaya mencipta populariti dan makin diterima para peminat.

Tidak hanya itu, IU juga mula mengembangkan kariernya dengan berlakon dalam drama Dream High dan kini dirinya juga aktif sebagai pelakon. Memiliki kejayaan dan sudah menjana pendapatan yang banyak, IU mula mengubah nasib keluarganya.

Bekerja keras untuk mengubah nasib, IU pernah disahkan menghidap bulimia iaitu gangguan pemakanan yang serius kerana terlalu berkeinginan menurunkan berat badan. Oleh itu, beliau cuba untuk menjaga kesihatannya ketika ini dan memastikan makan ikut masa walaupun sibuk.

Sudahlah cantik dan berbakat, IU juga disenangi peminat kerana memiliki ‘heart of gold’. Mana tidaknya, beliau sering menderma dan membantu mereka yang memerlukan terutama sekali dari faktor dana pelajaran.

Patutlah ramai yang meminati, memuji dan menjadikan IU sebagai ‘role model’ mereka. Adakah anda juga peminat IU?

Tahukah anda bagaimana Lisa Blackpink boleh menjadi idol? Klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut.

Lisa Blackpink: Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP?

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga