Nama DOLLA menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan konsep ala-ala K-Pop dan dianggotai 4 ahli kumpulan. Pada mulanya, DOLLA menerima kritikan kerana dikatakan cuba untuk meniru BlackPink.

Akan tetapi, gaya yang dibawakan mereka memiliki identiti tersendiri. Lebih mengejutkan, single terbaharu DOLLA, Impikan ataupun ‘Watch Me Glow’ kini trending pada tangga ke-2 di YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screenshot 2020-11-02 at 10.27.32 AM

Untuk pengetahuan anda, laguย ini yang dalam versi Inggeris ditulis oleh komposer terkenal antarabangsa, Ludwig Lindell dan Daniel Caesar. Nama Ludwid Lindell dan Daniel Caesar cukup terkenal dalam kalangan peminat K-Pop kerana pernah menulis lagu untuk bintang Korea seperti BTS, Red Velvet dan EXO.

Menerusi muzik video yang dilancarkan dua hari lalu, lagu dan ‘beats’ cukup ‘fresh’ membuatkan ramai boleh menerima kumpulan DOLLA ini. Bukan itu sahaja, kini muzik video tersebut telah mencecah lebih 300 ribu tontonan di YouTube.

Lantaran itu, rata-rata netizen berasa bangga dengan pencapaian DOLLA dan terkejut kerana komposer terkenal merupakan komposer lagu ini. Malah, para netizen juga mengucapkan tahniah kepada DOLLA.

Adakah anda sudah menonton muzik video tersebut? Apakah pandangan anda akan lagu tersebut?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Kembali ‘Trending’, Filem Epik Ejen Ali: The Movie Kini Boleh Ditonton Menerusi Netflix

Gagal Dalam Perniagaan, Kehidupan Jutawan Ini Bertukar Jadi Orang Susah Sekelip Mata

Umpama ‘Mocking’ Orang Susah, Program Realiti The House Mendapat Kecaman Netizen