Bagi peminat K-Pop, SEVENTEEN merupakan antara kumpulan K-Pop yang mencuri tumpuan ramai sejak membuat kemunculan sulung pada tahun 2015. SEVENTEEN hadir dengan 13 ahli dan setiap ahlinya memiliki kekuatan tersendiri.

Terbaharu, Hoshi SEVENTEEN telah menderma dengan menawarkan biasiswa bernilai 23.1 milion won (~RM84,403) kepada pelajar Sekolah Menengah Maseok terletak di daerah Gyeonggi.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, ibu bapa Hoshi telah menyerahkan bantuan tersebut kepada pihak sekolah untuk diberikan kepada junior di sekolah lamanya itu bagi pihaknya.

Difahamkan, atas budi bicara pengetua dan guru kelasnya, maka Hoshi dapat menamatkan sekolah dan mencapai impiannya. Malah, bukan mudah pada ketika itu untuk Hoshi menamatkan pembelajarannya disebabkan kehidupan yang susah.

Oleh itu, Hoshi berharap bantuan disalurkan dapat membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan untuk bantu mereka menggapai cita-cita. Malah, Hoshi turut memberi CD kumpulan SEVENTEEN dengan tandatangannya sekali sebagai hadiah.

Tahukah anda bahawa Park Seojoon sebelum ini telah membeli sebuah bangunan dan sewakan dengan harga murah untuk bantu peniaga? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga

Kumpulan K-Pop Baru ‘aespa’ Bawa Konsep Berbeza Dengan Gabungan Ahli Virtual Dan Realiti

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop

Anda Mungkin Suka