Sebut mengenai kediaman mewah pastinya menjadi rebutan buat orang ramai untuk mendiaminya. Dalam pada itu, lain ceritanya dengan sebuah bangunan di Skudai, Johor ini di mana kondominium mewah ini dilaporkan sudah lebih 20 tahun dibiarkan tanpa penghuni.

Bukan itu sahaja, alasan mengapa bangunan ini dibiarkan kosong masih lagi menjadi menjadi misteri buat orang ramai meskipun selepas lebih 2 dekad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan bangunan yang dibangunkan pada sekitar zaman 90-an ini mempunyai ketinggian sehingga 11 tingkat serta turut menjadi asrama pekerja kilang selepas ditinggalkan penghuni asal.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @dinoutopia77 tampil berkongsi perjalanan beliau memasuki semula kondominium ini untuk melihat sendiri keadaan bangunan selepas lama ditinggalkan. Beliau juga turut berkongsi pemandangan kondominium mewah ini daripada tingkat 11

@epicenergy77

📍 Condominium Mewah Skudai Johor Di katakan condominium ini telah lama di tinggalkan hampir 20 tahun atau lebih , Faktor di tingglkan masih tiada sebarang info . apa2 pun ini adalah sedikit sebanyak keadaan condominium tersebut

♬ Sadness and sorrow – 清冉

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, rata-rata netizen tampil memberi pelbagai respon. Terdapat netizen yang berpendapat struktur bangunan yang tidak selamat antara yang membuatkan para penghuni memilih untuk meninggalkan bangunan ini.

Sumber: TikTok @dinoutopia77
Sumber: TikTok @dinoutopia77
Sumber: TikTok @dinoutopia77

Sementara itu, terdapat seorang netizen yang memaklumkan bangunan ini mempunyai kisah tersendiri yang sulit untuk dijelaskan kepada orang ramai.

Video yang dikongsikan tidak sampai 24 jam ini berjaya meraih lebih sejuta tontonan beserta lebih 32,000 komen yang masing-masing berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bangunan ini.