Northumberland adalah daerah yang terkenal dengan istana pada abad pertengahan. Antaranya adalah Istana Alnwick yang berusia ribuan tahun, pernah menjadi tempat tinggal keluarga Percy dan kini menjadi kediaman Duke of Northumberland.

Walaupun kemasyhuran modennya selalu dipaparkan oleh Harry Potter dan Alnwick Gardens, ia juga mempunyai satu kisah seram yang tidak dijangka. Istana Alnwick kononnya adalah tempat lahir bagi pontianak pada abad ke-12.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ef4ebe317ccb594aea9d255f064fbc92
Salah satu scene di dalam filem Harry Potter yang diambil di Istana Alnwick

Kisah aneh ini pernah dicatat oleh seorang penulis sejarah abad pertengahan bernama William de Newburgh. de Newburgh menulis kisah ini di dalam bukunya, Historia rerum Anglicarum pada akhir abad kedua belas.

Di dalam karyanya, de Newburgh menulis tentang bagaimana seorang penjaga istana yang telah meninggal dunia akan bangkit dari kuburnya pada waktu malam untuk berkeliaran di jalan-jalan sekitar kota. Dia menambah bahawa pontianak tersebut akan meninggalkan bau yang busuk sehingga menyebabkan tersebarnya wabak penyakit.

Alnwick-Castle-Harry-Potter-1
Istana Alnwick

Orang kampung yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut telah menyalahkan pontianak itu kerana membawa penyakit yang menyusahkan semua orang. Dan pada suatu malam, mereka telah berangkat ke kuburan penjaga istana tersebut dengan niat untuk membunuhnya. de Newburgh menulis dalam karyanya :

“Oleh itu, mereka mempersenjatai diri dengan sekop tajam dan bertaruh [nyawa] ke tanah perkuburan, mereka mula menggali. Dan sementara mereka menyangka mereka harus menggali lebih dalam, mereka tiba di badan yang ditutup dengan lapisan bumi yang tipis. Mereka menemui bangkai yang menakutkan …”

B5Id97VCQAABIug
Salah satu bahagian di dalam Istana Alnwick

Salah seorang daripada mereka kemudiannya memukul mayat tadi dengan sekop sehingga mengeluarkan darah yang masih segar dan mereka percaya bahawa mayat itu adalah pontianak yang sebenar. Mereka kemudiannya mengeluarkan mayat tersebut ke luar kawasan perkarangan istana dan membakarnya sehingga menjadi abu. Selepas kejadian tersebut, segala wabak yang menimpa mereka telah berakhir.

Persoalannya di sini, betulkah kisah yang dikarang oleh de Newburgh pada abad kedua belas tersebut?

Alnwick_Castle_02
Istana ini juga terkenal dengan taman bunga yang terdapat di sana.

Untuk bercakap dalam ruang lingkup catatan ini, kami tidak melakukan kajian penuh mengenai kewujudan pontianak. Tetapi semasa pertama kali membaca kisah ini, kami menggambarkan bahawa pontianak yang ditulis oleh de Newburgh lebih menyerupai zombie atau mayat hidup yang bertanggungjawab membawa penyakit berjangkit kepada manusia.

Selain daripada itu, hantu Lady Grey juga sering disebut oleh beberapa orang yang pernah berkunjung ke sana. Dia suka berjalan di terowong di bawah Istana. Dia dianggap sebagai hantu seorang remaja perempuan muda dari zaman Victoria yang bekerja sebagai pembantu rumah di istana tersebut.

2a359d5cc796d135f5ef62518e0a69bd
Ruang makan di dalam Istana Alnwick

Menurut lagenda, dia mati terjatuh ke dalam terowong tersebut ketika bekerja di salah satu dapur yang terdapat di istana. Kononnya, hingga hari ini, gadis itu akan mundar mandir disekitar koridor gelap dan lorong-lorong tersembunyi di bawah istana.

Namun, sejauh mana kebenarannya kami tidak pasti. Mungkin anda boleh berkunjung ke sana dan buktikan kepada kami bahawa apa yang ditulis oleh William de Newburgh itu benar dan hantu Lady Grey masih setia berkeliaran di bawah terowong bawah tanah.

Terdahulu, JK Rowling bakal hadir dengan empat cerita baharu buat Harry Potter. Klik pautan di bawah untuk membaca.

J.K. Rowling Hadir Dengan 4 Cerita Baru Buat Harry Potter

Persis Seperti Di Hogwarts, Lihat Kafe Konsep Harry Potter Di Ipoh

Toshimaen Ditutup Selepas 94 Tahun, Taman Tema Harry Potter Pula Dibuka Di Jepun Mulai 2023