Setiap orang memiliki kisah yang tersendiri dan kadangkala cerita hidup kita dapat memberikan inspirasikan kepada orang lain.

Terbaharu, pengguna Facebook Wong Fook Meng telah berkongsi kisah seorang pemuda yang ditemuinya di sebuah stesen minyak Petronas Melaka ketika dalam perjalanan ke pejabat.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Ketika beliau mengisi minyak di stesen minyak tersebut, beliau disapa mesra dan dilayan baik oleh seorang pekerja iaitu Ahmad Ridhwan Mohamed. Ketika ditanya berapa lama sudah bekerja, Ridhwan mengatakan baru seminggu selepas beliau disahkan sembuh daripada kecederaan otak akibat kemalangan teruk semasa berusia 18 tahun.

After my court trial this morning, I stopped to pump petrol on the way to office.A very pleasant pump attendant was…

Posted by Wong Fook Meng on Sunday, 6 September 2020

Menurut Ridhwan, kemalangan yang berlaku di Bukit Cina, Melaka telah mengakibatkan beliau koma dari April 2015 hingga Oktober 2015. Selepas koma, beliau mengambil masa 4 tahun untuk pulih dan mencari kerja.

Walaupun belum pulih sepenuhnya tetapi kini beliau sudah bekerja sebagai petugas stesen minyak. Tekad untuk sembuh, beliau yakin bahawa dengan berfikiran positif akan membantu dalam proses pemulihannya.

Perkongsian tersebut menyentuh hati netizen dan Wong Fook Meng mengatakan bahawa sangat penting untuk kekal positif dalam hidup. Kisah Ridhwan ini pastinya membuka mata ramai orang di luar sana untuk sentiasa berfikiran positif.

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa kisah yang mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda. 

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

4 Kisah Wanita Sebelum Mereka Jadi Jutawan Dan Usahawan Berjaya Di Malaysia

‘Untold Story’ Kisah Bangkit Semula Pengasas TheLorry.com Dari Zaman Kegelapan

Anda Mungkin Suka