Sebelum ini jadi topik hangat netizen apabila Janna Nick kalah dalam perdebatan dan melabel netizen sebagai ‘loser’. Hal itu mendapat perhatian netizen dan Janna Nick dikecam hebat netizen.

Terbaharu, Janna telah memuat naik video permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya selepas bergaduh sekali lagi dengan netizen. Menyedari kesilapannya, Janna tampil memohon maaf kepada netizen yang terguris hati dengan perbuatannya sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CKwL3JqjBvy/

Bukan itu sahaja, Janna yang menyedari kekhilafan dirinya meminta maaf dan tidak dapat menahan air mata dalam video tersebut. Tambahnya, beliau yang bodoh kerana bergaduh dengan netizen sedangkan selama ini netizen dan peminat yang menyokong kerjaya serta drama lakonannya.

Menurut Janna, dirinya juga insan biasa dan berharap diberi peluang dan kemaafan. Beliau harap para netizen akan dapat memaafkan dirinya. Apakah pendapat anda?

Bagi yang terlepas isu Janna Nick, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Mahu Jaga Nama Baik Keluarga, Syafi Tee Elak Babak Bersentuhan Dalam Lakonan