Masihkah anda ingat lagi adegan cemas di mana sebuah kereta berwarna merah ‘terbang’ di antara dua buah bangunan pencakar langit di Abu Dhabi dalam filem Fast & Furious 7 sebelum ini?

Lykan Hypersport telah membuat sepuluh buah unit replika khas untuk filem tersebut dan kini salah satu kereta replika yang masih ‘elok’ lagi terbuka untuk dilelong kepada orang ramai yang berminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laman web yang menganjurkan acara lelongan tersebut, Rubixmarket, kereta stunt car yang dilelongkan ini mempunyai beberapa kerosakan seperti kesan calar pada cat badan kereta, cermin hadapan dan tingkap, serta kehilangan pada rear air intake dan rosak pada gril hadapan.

Menariknya acara lelongan kali ini, bakal pemilik bukan saja boleh membawa pulang kereta secara fizikal, bahkan akan menerima non-fungible token (NFT) termasuk gambar eksklusif dan video 3D kereta tersebut. Hypercar ini juga mempunyai kod QR unik yang terukir untuk membuktikan hak pemilikan.

vocket-lykan-hypersport-kini-dilelong-2
Sumber Gambar: Rubixmarket

Setakat artikel ini ditulis, model hypercar dari Lykan Motorsport telah pun dibida menggunakan matawang kripto pada harga 525,000 USDC atau USD524,897 (RM2.16 juta).

Rubixmarket menjangkakan harga kereta tersebut boleh mencecah USD750,000 (RM3.08 juta) sehingga USD2.5 juta (RM10.29 juta) ekoran ia ‘membintangi’ salah satu filem terlaris sepanjang masa.

Setelah beberapa kali tayangan ‘Fast & Furious 9’ ditangguhkan ekoran wabak pandemik, akhirnya filem ini akan ditayangkan pada 24 Jun akan datang.

Tonton Trailer Rasmi Fast & Furious 9 Yang Penuh Aksi Dan Kejutan

Filem ‘Fast and Furious’ Bakal Ditamatkan Pada Filem Ke-11

 

Sumber