Minggu ini kita dikejutkan dengan perkhabaran duka daripada Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai Mowgli Malaysia apabila puluhan kerbau yang dijaganya mati kerana wabak hawar berdarah.

Menurut beberapa laporan media, angka sebenar kematian kerbau milik Syukor itu melebihi 30 ekor dan mengakibatkan kerugian ratusan ribu kepada keluarganya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah menyedihkan, Syukor seperti dilaporkan Harian Metro hari ini turut kehilangan kerbau kesayangannya yang dikenali dengan nama Semek.

Semek sebelum ini dijaga Syukor sejak beliau berusia 9 tahun dan pernah membintangi telefilem tempatan pada tahun lalu serta pernah memenangi pertandingan gambar.

Tiada tanda sakit

Kehilangan kerbau kesayangannya itu disedari oleh kakaknya Nor Ain Amirah yang datang untuk memeriksa keadaan kerbau di kandang milik keluarga mereka pada pagi tadi.

“Semek tidak menunjukkan tanda sakit seperti selesema dan sebagainya, ia mati secara mengejut.

“Anaknya iaitu Along juga kerbau yang manja dengan saya tetapi Along sudah dicucuk antibiotik pada hari pertama.

“Semek tidak boleh dicucuk antibiotik kerana sedang bunting,” katanya.

Mengulas mengenai kematian Semek, Syukor menjelaskan hari ini adalah hari paling sedih dalam hidupnya selepas kematian kerbau kesayangannya itu.

Malah dia juga tidak menjangka kematian Semek kerana kerbau itu sebelum ini tidak menunjukkan sebarang tanda sakit seperti selsema dan sebagainya.

Syukor pada Isnin lalu berkongsi di media sosial tentang kematian mengejut kerbau-kerbau yang dijaganya di Terengganu. Baca mengenainya di pautan di bawah.  

‘Mowgli Malaysia’ Kongsi Khabar Duka, 25 Ekor Kerbau Mati Dipercayai Kerana Wabak

‘Mowgli Malaysia’ Jadi Bintang Utama Untuk Telemovie Budok Kuba

Sumber