Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan mulia Ramadan dan pastinya terdapat banyak program TV yang bermanfaat untuk penontonnya.

Bagi kekal memberikan hiburan yang bermanfaat, drama Nur dan Nur 2 akan kembali menghiburkan anda sepanjang bulan Ramadan ini. Difahamkan drama tersebut akan mula diulang siar bermula Selasa di TV3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, drama ini akan disiarkan menerusi slot Samarinda iaitu setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Pastinya penyiaran drama ini akan mengubati kerinduan penonton terhadap drama yang pernah mencipta fenomena 2 tahun yang lalu.

Bagi mereka yang tidak pernah menonton drama bersiri Nur, ini saatnya mereka menonton ia. Adakah drama bersiri Nur ini akan mencipta fenomena seperti pertama kali ditayangkan? Sama-sama kita nantikan esok.

Sementara itu, apa kata baca artikel berkaitan dengan drama Nur ini pada pautan di bawah.

5 Sebab Yang Jadikan ‘Nur’ Sebuah Drama Yang Hebat

Bersediakah Mental Anda Untuk Menyaksikan Pengakhiran Drama Nur 2?

Sumber