Jika anda berusia 20-an ke atas, pasti anda akan pernah mendengar kisah bagaimana seorang pegawai bank Aman Shah yang popular dengan kisah pecah amanah yang dilakukannya satu ketika dahulu.

Kisah beliau terlibat dengan jenayah pecah amanah pada sekitar tahun 1990-an dahulu boleh dikatakan menjadi antara salah satu topik bualan hangat, malah sehingga hari ini masih ada yang berbicara mengenainya.

Beliau sebelum ini dilaporkan belum pernah bercerita dengan terperinci mengenai beberapa siri kejadian yang berlaku suatu ketika dahulu, tetapi apa yang pasti satu temu bual ekslusif dirinya bersama Mingguan Utusan (Utusan Malaysia) telah dilaporkan hari ini.

utusan
Keratan laporan ekslusif Aman Shah di Utusan Malaysia

Dalam temu bual ekslusif bersama Utusan Malaysia versi dalam talian, ianya dipecahkan kepada dua bahagian dengan bahagian pertama berbicara mengenai sistem perbankan di Malaysia secara keseluruhan.

Melalui artikel pertama Sistem bank Malaysia tidak selamat yang diterbitkan hari ini 20 Disember, Aman Shah dilihat memberikan pendapatnya mengenai keselamatan sistem perbankan di negara ini.

Antara yang dibincangkan adalah kelemahan sistem perbankan yang membolehkan penggodam (hacker) memintasnya dan sistem yang digunakan beberapa bank di Malaysia yang dikatakan bersifat copy and paste daripada sistem terdahulu.

Artikel yang pertama ini menerusi semakan kami sebentar tadi boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan tidak terhad kepada pelanggan berdaftar Utusan Malaysia sahaja.

Manakala artikel kedua yang diterbitkan selang beberapa jam kemudian pula berbicara lebih lanjut mengenai sistem copy anda paste dan dipercayai termasuk kisahnya yang popular dan pernah menggemparkan negara sejak 30 tahun lalu

“Kepada Mingguan Malaysia, ini kali pertama saya berkongsi cerita.

“Sepanjang 30 tahun sejak 1990, macam-macam orang jumpa bertanya, namun saya tak layan. Kini kamu jadi yang pertama dapat dengar,” kongsi Facebook Utusan Online pagi ini.

Tetapi untuk membaca kisah dan temu bual yang seterusnya dalam talian, anda perlu berdaftar sebagai pelanggan Utusan Malaysia untuk membaca versi penuh.

Anda boleh membaca pandangan beliau dengan lebih lanjut di Utusan Malaysia atau boleh juga mendapatkan edisi bercetak Mingguan Malaysia yang berada di pasaran hari ini.

Baca juga perkongsian semasa yang lain daripada kami sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Lelaki Ini Kongsi Kisah Sebak Di Sebalik Gambar Pak Cik Berdoa Di Luar Masjid

Dipuji Snoop Dogg, Kedai Makan Di Pulau Pinang Raih Perhatian Dunia

Kemalangan Lori Dan Basikal Di Putrajaya, Mangsa Berusia 34 Tahun Dilaporkan Maut