Sekiranya anda kerap melayari laman web 9gag atau mengikuti perkembangan meme sejak beberapa tahun dahulu, kami yakin anda pasti tahu dengan gambar disaster girl yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Gambar seorang kanak-kanak dengan mimik muka yang tampak psycho berlatarbelakangkan rumah terbakar ini pernah menjadi fenomena di internet selepas menjadi meme popular.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disaster Girl Meme (1)

Siapa sangka, gambar Zoe Roth selaku kanak-kanak dalam gambar tersebut yang pernah diambil pada tahun 2005 membuatkan beliau menerima durian runtuh apabila gambar tersebut berjaya terjual dengan harga sekitar $458,000 (~RM1.88 juta) secara non-fungible token (NFT). Untuk pengetahuan, NFT merujuk kepada pemilikan sesebuah gambar secara digital.

Mengulas mengenai tawaran yang diterima, beliau jelas tidak sangka gambar tersebut berjaya membuahkan hasil apabila para peminat sanggup mendapatkan gambar tersebut pada nilai yang tinggi walau bagaimanapun beliau jelas mengakui gembira dengan jumlah yang diterima.

Beliau difahamkan telah menerima sebanyak 180 ETH (ethereum) sebagai tukaran kriptowang di mana beliau bercadang untuk berkongsi bersama keluarga. Agak unik untuk menyaksikan sebuah gambar kini lebih bernilai secara digital selepas orang ramai berpeluang menjadi pemilik gambar menerusi perkembangan kriptowang.

Tular pada minggu ini apabila pihak polis memaklumkan sedia menyiasat rumah yang mempunyai jumlah selipar yang banyak sewaktu sambutan Aidilfitri.

Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri

PDRM Sedia Siasat Guru ‘Galak’ Lawak Lucah Selepas Pelajar Terima Ancaman Rogol

Sumber