Sekiranya anda merupakan remaja yang membesar sekitar sedekad dua yang lalu, pastinya anda cukup kenal dengan majalah yang pernah menjadi fenomena suatu masa dahulu iaitu majalah GEMPAK. Majalah ini juga dikatakan turut menjadi rebutan para pelajar di asrama berikutannya kandungan serta komik yang menarik.

Siapa sangka, majalah yang mulai diperkenalkan pada tahun 1998 secara bulanan dan kemudian berkembang kepada dwi-bulanan nampaknya terpaksa ditamatkan pengeluaran akibat kesan kepada gaya pembacaan orang ramai seterusnya beralih kepada versi digital beberapa tahun yang lalu.

Menerusi portal digital, majalah GEMPAK berubah menjadi majalah online rasmi GEMPAK KGS™ yang secara tidak langsung berjaya mengubat kerinduan orang ramai terhadap pelukis serta komik kegemaran mereka.

Terbaharu, pihak GEMPAK KGS™ dengan dukacitanya memaklumkan dimana mereka tidak lagi dapat diteruskan dan bakal menamatkan perkhidmatan bermula efektif 30 November 2020.

img_20171219_022647-1061465989

Sehubungan dengan itu, pihak penulis, pelukis serta semua pekerja dibelakang tadbir GEMPAK turut mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang menyokong majalah komik ini.

Majalah komik yang menyimpan 1001 kenangan ini walau bagaimanapun masih lagi aktif di YouTube menerusi channel GEMPAK™ 360° dalam membawakan pelbagai segmen istimewa buat para peminat.

Pada tahun lalu, majalah Kreko telah mengumumkan perberhentian operasi.

Selama 20 Tahun Bertapak di Malaysia, Majalah Kreko Umum Sah Henti Operasi

Hargai Peminat Setia, Lock Comic Anjur Kolaborasi Bersama Majalah Kreko Dalam Kempen Show Off LOCK COMIC