Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan harta milik Sajat disita untuk membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources yang menuntut pampasan sebanyak RM200,000.

Terbaharu, Sajat mahu melelong banglo miliknya yang terletak di Kota Damansara dengan harga RM9.5 juta. Sajat telah mengiklankan penjualan rumahnya melalui Instagram miliknya.

Menurutnya, pembeli akan ditawarkan pendaftaran percuma selain terma dan syarat boleh dirunding bagi memastikan aset tersebut dijual dengan mudah. Malah, harga boleh dikurangkan bergantung kepada budi bicara pihaknya dan tarikh lelongan belum diputuskan lagi.

Untuk pengetahuan anda, Sajat telah membeli banglo milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017.

Tahukah anda bahawa pembida harta Sajat menghilangkan diri selepas berjaya dalam bidaan? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Berjaya Bida Harta Sajat Bernilai RM132,000, Pembida Dipercayai ‘Ghaib’ Ke Luar Negara

Selepas Ditahan Di Thailand, Timbul Dakwaan Sajat Sebenarnya Lari Daripada Hutang?

5 Tip Membeli Rumah Lelong Dengan Cepat, Selamat Dan Mudah

Sumber