Melihat kepada harganya, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya rekaan dan keluasan bagi hartanah bernilai sehingga RM62 juta. Turut menarik perhatian ramai, hartanah ini pernah menjadi kediaman buat bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Bersumberkan laman Penang Property Angel, dimaklumkan hartanah yang berada di Pulau Tikus, Pulau Pinang dengan keluasan tanah 64,472 kaki persegi ini sedia dijual dengan harga yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
my_sample_image (8)
Sumber: penangpropertyangel
my_sample_image (7)
Sumber: penangpropertyangel
my_sample_image (6)
Sumber: penangpropertyangel
my_sample_image (1)
Sumber: penangpropertyangel
my_sample_image (3)
Sumber: penangpropertyangel

Dari segi rekaan, dapat dilihat rekaan klasik seumpama british design melalui ruangan dalam dan luar kediaman ini. Rumah penuh gaya ini pula dilengkapi dengan keluasan 9,867 kaki persegi. Difahamkan kediaman ini telah menjadi pilihan Almarhum Tunku Abdul Rahman sehingga mangkat pada tahun 1990.

Tidak hanya sedia untuk dijual, pemilik kepada hartanah ini dimaklumkan sedia untuk menawarkan hartanah ini secara sewa bulanan bernilai RM25 ribu sebulan. Pemilik atau organisasi yang berminat untuk menjaga rumah ini di samping mengekalkan keaslian hartanah ini antara yang dialukan-alukan.

Tular pada minggu lalu apabila sales advisor kemalangan selepas memandu Proton X50 pelanggan pada kelajuan 180km/j.

Pandu Proton X50 Pelanggan 180km/j, Sales Advisor Kemalangan Dan Kereta ‘Total Lost’

Lihat Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Perodua Ativa Naik Genting Highlands