Akibat pandemik yang melanda dunia ketika ini, ramai pengusaha restoran terpaksa gulung tikar menutup perniagaan makanan mereka disebabkan kurangnya pelanggan yang makan di restoran.

Untuk pengetahuan anda, lebih 2,000 restoran di Hong Kong terpaksa ditutup dan salah satunya The Red Pepper Restaurant. Difahamkan bermula esok, 31 Disember, restoran berkenaan akan ditutup sementara waktu dalam tempoh 6 bulan setelah hampir 50 tahun menjalankan operasi perniagaan makanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut pemiliknya, Jimmy Lee Ka-fu, 70 tahun, restoran ini akan dibuka semula bergantung kepada keadaan semasa seandainya pandemik ini berakhir pada tahun hadapan.

red-pepper-5
Sumber: Fabolousandtasty

Antara menu yang menjadi tarikan pelanggan sudah semestinya masakan Sichuan iaitu sizzling udang goreng bersama sos cili, ma po tofu, daging cincang berlada dan Peking duck. 

Tambah teruja, restoran ini masih mengekalkan ciri-ciri bangunan tradisional China. Ia mula beroperasi sekitar tahun 1971 diusahakan oleh Lee bersama abang dan ayahnya. Pada awalnya restoran ini terletak di Jalan Lee Garden dan kemudiannya berpindah lokasi di Jalan Lan Fong, Causeway Bay pada 1975.

BeFunky-collage (28)
Sumber: South China Morning Post

“Saya sudah cuba yang terbaik untuk menstabilkan sumber kewangan bagi bisnes ini. Namun disebabkan pandemik ketika ini, restoran ini terpaksa ditutup sementara waktu,” ujar Lee ketika dihubungi wartawan South China Morning Post.

“Selalunya pelanggan saya akan datang ke sini dengan kelompok yang ramai. Namun kini hanya dua orang sahaja dibenarkan makan bagi satu meja. Setakat hidangkan makanan tengah hari dan take away sahaja tidak cukup untuk mengembalikan keuntungan bagi restoran ini.” ujar Lee lagi.

“50 peratus pelanggan kami merupakan pelancong asing dari Amerika Syarikat dan Eropah. Rata-rata mereka datang ke sini disebabkan keadaan restoran ini yang memberikan nostalgia seakan-akan kedai makan zaman dahulu di samping unik dengan rekaan moden dan tradisional,” tambahnya lagi.

Uniknya, restoran ini menjadi popular selepas menjadi salah satu lokasi set penggambaran bagi babak aksi perlawanan yang melibatkan pelakon kung fu terkenal Bruce Lee bersama Kareem Abdul-Jabbar dalam filem Game of Death. 

Untuk pengetahuan anda, filem ini diarahkan sepenuhnya oleh Bruce Lee. Penggambaran filem ini sepenuhnya dihasilkan di Hong Kong bermula Ogos sehingga Oktober 1972. Berikutan Bruce Lee yang meninggal dunia pada 20 Julai 1973, filem ini tidak dapat diteruskan dan terpaksa dibatalkan penggambarannya.

“Saya berasa bertuah kerana sempat bertemu mendiang Bruce Lee di restoran saya ini dahulu. Ketika itu, The Red Pepper ini sering kali dijadikan lokasi pengambaran tembak-menembak bagi filem yang dihasilkan produksi Golden Harvest,” kata Lee lagi.

“Saya berjanji bahawa restoran ini hanya tutup seketika sahaja kerana saya sangat rindukan pelanggan saya. Saya dah anggap mereka bukan setakat pelanggan bahkan sudah macam kawan-kawan rapat saya,” ujar Lee lagi.

Berharap pandemik segera pulih pada tahun hadapan dan kita semua boleh menjalani kehidupan seperti norma yang dahulu.

Baca juga perkongsian terbaharu kami mengenai kafe yang berkonsepkan persis makan dalam kapal terbang di Johor ini menjadi tumpuan orang ramai. Jangan lupa klik pautan di bawah ini.

Berkonsepkan Makan Dalam ‘Kapal Terbang’, Kafe Di Johor Ini Jadi Tumpuan Ramai

Bawa Konsep Initial D, Kafe Fujiwara Tofa Di Ipoh Ini Diserbu Peminat

Beroperasi Hampir 20 Tahun, Delicious Group Tutup Semua Cawangan Restorannya Secara Rasmi