Awal minggu lalu kita dikejutkan dengan tindakan ‘YouTuber’ tempatan Isa Isarb yang cuba mengagihkan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada orang ramai di Istana Negara.

Cubaan untuk mengagihkan wang dalam bentuk seringgit-seringgit tatkala petugas media sedang sibuk membuat liputan bagaimanapun mengundang teguran daripada pihak berkuasa seperti pernah kami kongsikan sebelum ini.

photo_2020-02-27_13-32-08

Tidak lama selepas perkara itu mendapat perhatian netizen di media sosial, seorang pengguna Twitter @RazlanSings pada dua hari lalu memberitahu ini bukanlah kali pertama ‘YouTuber’ tersebut ‘buat hal’.

Dalam ciapannya, Razlan berkata mereka adalah kumpulan yang sama yang menyamar sebagai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika kereta teman wanitanya rosak sebelum ini di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Bagaimanapun, Razlan memberitahu teman wanitanya berjaya menghidu ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan kumpulan tersebut.

Dan bila sudah hampir terkantoi, geng YouTuber ini kemudiannya meminta akaun Instagram teman wanitanya. Bagaimanapun teman wanitanya tidak memberikan username Instagram mereka.

Tambah Razlan lagi, mereka (Isa Isarb) kemudiannya pergi tanpa memberikan bantuan selepas teman wanitanya enggan untuk memberikan username Instagram mereka berdua.

Malah, perkara itu juga turut diakui oleh seorang wanita yang turut mengalami perkara yang hampir sama ketika keretanya rosak di Damansara.

https://twitter.com/aliyamar/status/1232986151897579521?s=20

“Lelaki ini dan krunya cuba mengambil kesempatan ketika kereta kami rosak di Damansara. Sempat minta IG daripada memberikan bantuan hanya kerana content?,” kongsinya di Twitter.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada dua kejadian tersebut adalah merupakan kejadian yang sama atau berbeza.

Isa Isarb sebelum ini dikenali dengan challenge-challenge dan prank yang dilakukan di channel YouTube miliknya. Malah dia juga pernah tampil di kaca TV dan ditemubual oleh rancangan Malaysia Hari Ini beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, tindakan terbaru kru Isa Isarb yang melakukan challenge untuk mengagihkan wang RM10,000 di hadapan Istana Negara pada awal minggu lalu mendapat perhatian netizen selepas dia ditegur pihak berkuasa.

Baca perkongsian kami mengenai Isa Isarb sebelum ini yang menceritakan bagaiamana dia diberi amaran oleh pihak berkuasa ketika melakukan challenge untuk channel YouTube miliknya sebelum ini. 

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

Raih Pendapatan Tertinggi YouTube, Budak Ini Kalahkan PewDiePie Dengan Bayaran RM108 Juta Setahun

Sumber