Jenama kasut terkemuka dunia, Converse telah dituduh meniru rekaan seorang pereka muda selepas video pendedahan wanita itu viral di TikTok dan Twitter.

Cecilia Monge berkata dua tahun lalu, beliau telah membuat permohonan internship di Converse dan dalam permohonannya, beliau telah melampirkan bersama idea dan rekaan original yang dihasilkan oleh beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, beliau tidak menerima apa-apa maklum balas berkenaan permohonannya. Namun, selepas dua tahun beliu terkejut apabila Converse melancarkan rekaan baharu hampir sama dengan idea asalnya tanpa pengetahuan beliau.

Lebih memeranjatkan, 3 rekaan yang dihasilkan oleh Cecilia digunakan dan diubah oleh Converse untuk koleksi Chuck Taylor All Star 70 National Parks.

@ceci.monge

Ouch @converse #internship #design #smalldesigner #plzstopstealing #fashion #TWDSurvivalChallenge #fyp

♬ original sound – Ceci.monge

Pihak NY Post telah menghubungi Converse dan mereka mengesahkan Cecilla pernah menghubungi mereka untuk posisi internship.

“Pada November 2019, beliau (Cecilia) telah memohon jawatan pelatih industri di Converse untuk musim panas 2020. Ia merupakan program yang kompetitif dan kami menerima ribuan permohonan setiap tahun. Permohonan itu tidak memerlukan sebarang rekaan peribadi untuk dihantar. Dan menjadi polisi kami untuk tidak berkongsikan sebarang portfolio atau permohonan ke bahagian lain,” terang wakil daripada Converse.

“Saya sebenarnya berasa terkilan kerana 100% rekaan ini adalah idea dan rekaan daripada saya. Kejadian ini ibarat satu penindasan kepada artis muda,” kata Cecilia.

Ramai pengguna Twitter dan TikTok yang menzahirkan sokongan kepada Cecilia dan berpendapat rekaan sebenar Cecilia adalah jauh lebih mantap daripada apa yang dihasilkan oleh Converse. Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik.

Bercerita tentang tiru, ini projek bandar Paris di China yang gagal mendapat perhatian rakyatnya. Baca lagi pada pautan di bawah.

Projek Bandar ‘Paris Tiruan’ Di China Yang Gagal Dan Hampir Tidak Berpenghuni

Selepas 8 Tahun Jordan Akhirnya Menang Kes Ciplak Jenama China, Qiaodan Sports

Warga Bangladesh Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Jual Barang Ciplak Di Malaysia