Siapa sahaja tidak pernah mendengar lagu Anak Kampung dendangan Jimmy Palikat bersama One Nation Emcees suatu ketika dahulu.

Dan kini selepas hampir 10 tahun lagu tersebut dikeluarkan, penyanyi yang berasal dari Sabah itu dilaporkan berhasrat untuk menjadi ahli politik dengan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Menurut laporan Free Malaysia Today hari ini, Jimmy  berkemungkinan besar bakal bertanding di daerah asalnya sebagai calon bebas  kerana masih belum menyertai mana-mana parti politik di sana.

“Ya, memang saya akui berhasrat dan berminat untuk menjadi calon pada PRN kali ini.

“Mungkin buat masa ini ia hanya angan-angan tapi mana tahu, tarikh penamaan calon pun belum diumumkan,” katanya kepada portal tersebut.

Keputusan Jimmy untuk bertanding dalam pilihan raya itu difahamkan bagi membantu orang ramai di kawasannya.

Mengakui pernah menjalani hidup dalam kesusahan sebelum ini, Jimmy berkata dia akan mencuba untuk membantu rakyat di kawasannya dan turut membawa pembangunan buat mereka.

Walaupun menyedari mungkin ada pihak yang mentertawakan hasratnya itu, Jimmy berkata dia akan berusaha untuk mendapatkan keyakinan pengundi dan membantu mereka sekiranya diberi peluang.

“Saya faham mungkin ada yang akan mentertawakan hasrat saya ini, tetapi tidak salah untuk berhasrat dan berangan-angan.

“Apa yang penting jika perkara ini menjadi kenyataan, saya akan cuba meyakinkan pengundi dan seterusnya membantu dan mewakili suara mereka kerana itulah kerja wakil rakyat, bukan asyik sibuk berpolitik saja,” jelasnya lagi.

Manakala kumpulan rap dari Sabah K-Clique yang terkenal dengan lagu Mimpi sebelum ini pula dilaporkan bakal menerbitkan buku menceritakan kisah perjalanan hidup mereka. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

K-Clique Bakal Lancarkan Buku Biografi Kongsi Kisah Perjalanan Karier Seni Khas Untuk Peminat

Reaksi Caprice Tentang Isu Solat Di Lorong Kecemasan Undang Pertikaian Netizen

Tidak Cecah 500,000 ‘Followers’ Di Instagram, Amerul Affendi Dedah Kena ‘Reject’ Stesen TV

Anda Mungkin Suka