Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa yang tidak mengenali Najwa Latif? Najwa Latif merupakan seorang penyanyi yang bermula dari YouTube , kemudian mula terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku.

Pasti ramai tertanya-tanya akan perkembangan karier Najwa, bukan? Untuk pengetahuan anda, karier Najwa berjalan agak perlahan tetapi dia masih lagi menyanyi walaupun belum mengeluarkan lagu baru.

Difahamkan, Najwa menumpukan perhatian dalam pembelajarannya dan baru-baru ini, dia telah berkongsi khabar gembira dengan para pengikutnya di Instagram miliknya. Dia berjaya menamatkan pengajiannya dalam peringkat Master dan lebih menggembirakan apabila dia lulus dengan cemerlang dengan markah 4 flat.

View this post on Instagram

Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “wawa nak kerja ma. Wawa taknak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today. The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “alhamdulillah. Thank you wawa. Mama happy.” I crryyyy. Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started. They also remind me to have fun dalam buat apa wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu. 🙄 Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepastu? Peluang untuk bernafas and cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada wawa when wawa takpercaya diri wawa. Kawan kawan yang sangat sangat baik (terima kasih tolong, reply whatsapp bila wawa tanya pasal project paper even pukul 1, 2 pagi). Supervisor yang paling cool dalam dunia ni (Dr Rashid, if you’re reading this, thank you!). Students yang banyak perangai tapi best. (thank you for helping me to see life as fun as it is) You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik. Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang takcukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough. While I’m writing this, wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak. Tapiii guess what? Berkat doa semua orang, wawa habis master, grad this year In shaa Allah. Soo, takda boyfriend takpa, tapi wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni. Heheheheh. Alhamdulillah. I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan wawa. 😊 #captionwawapendekjegradnanti #tahuannoyinggilabacaessaycamni #donejadihater

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on

Melalui perkongsian tersebut juga, Najwa pernah diperli dan pernah berhasrat untuk berhenti sekolah ketika tingkatan 4. Walau bagaimanapun, sikap tidak mudah putus asa dan berusaha menjadikan Najwa yang sekarang.

Semoga perkongsian Najwa ini dapat menjadi inspirasi kepada anak muda untuk tetap berusaha walaupun banyak rintangan yang datang. Tahniah Najwa Latif atas kejayaan anda.

Anda Mungkin Suka