Masih ingatkah anda dengan kisah lelaki Rusia yang terperangkap dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bentong selepas memasuki negara kita sebelum ini?

Lelaki tersebut sebelum ini dikatakan gagal untuk berjumpa dengan rakan senegaranya bagi meneruskan perjalanan dan terpaksa meminta bantuan orang ramai dengan memegang kadbod meminta pertolongan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

rusia guy

Bagaimanapun, selepas berjaya mendapatkan pertolongan dan kisahnya mendapat perhatian pihak berkuasa, lelaki tersebut kini dikatakan kembali meneruskan perjalanannya ke negeri lain.

Namun apa yang mengecawakan adalah apabila terdapat dakwaan daripada netizen di media sosial yang mengatakan lelaki tersebut kini cuba mengambil kesempatan selepas kisahnya sebelum ini mendapat perhatian ramai.

Lelaki tersebut dikatakan cuba mengambil kesempatan atas sikap murah hati rakyat Malaysia untuk meneruskan perjalanannya dengan cara murah dan jimat dan menggunakan modus operandi seolah beliau terperangkap dengan situasi PKP ketika ini.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang wanita warga Rusia yang pernah berurusan dengan lelaki tersebut sewaktu dia datang untuk menginap di rumah tumpangannya di Kuala Lumpur sebelum ini.

Menurut hantaran yang dibuat di Facebook oleh Fadhil Waynie, lelaki tersebut dikatakan telah berjumpa dengan dua rakannya senegaranya itu.

“Wanita Rusia itu mengatakan yang mamat ini bertemu dengan 2 orang lagi geng dia untuk teruskan perjalanan ke Port Dickson.

“Sekarang mamat ini menggunakan MO yang sama pula di Nilai,” dakwanya.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis masih belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenainya namun jika ia benar berlaku maka ia adalah sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia yang telah menolong beliau sebelum ini.

Baca kisah beliau sebelum ini yang dikatakan terperangkap dengan situasi PKP yang pernah kami kongsikan di pautan di bawah. Klik untuk membaca. 

Terperangkap Dengan PKP, Jurutera Dari Rusia Ini Ditinggalkan Bersendirian Di Temerloh

Selamatkan ‘Bayi Lahir Di Hotel’, Kedutaan Rusia Ucap Terima Kasih Buat Dua Anggota PDRM