Nama Kuan Chee Heng atau dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Dirinya yang bergiat aktif dalam membantu golongan kurang berkemampuan cukup disenangi ramai pihak.

Bukan hanya membantu dalam bentuk makanan, uber 10 sen tetapi beliau juga hadir dengan perkhidmatan van jenazah untuk umat Islam secara percuma hasil sumbangan daripada orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mesti ramai tertanya-tanya apa yang mendorong Uncle Kentang untuk membantu dan memudahkan urusan pengkebumian jenazah umat Islam dimana beliau memiliki agama berbeza.

Akhirnya Uncle Kentang buka mulut dan berkongsi kisah mengapa beliau sediakan van jenazah serta membantu ramai orang yang tidak berkemampuan. Ketika bapanya meninggal dunia, beliau dan keluarga tidak mampu untuk membeli keranda.

Beliau hanya melihat wajah bapanya kaku di atas bangku dan ditutup dengan tikar mengkuang.  Pada waktu itu, beliau baru sahaja tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan nasib baik abangnya dapat meminjam wang sebanyak RM2,500 daripada Mr. Wong, pemilik Jaya Watch Seapark.

Malah, ketika pengkebumian mendiang bapanya, ramai orang tidak hadir kerana bimbang keluarganya akan meminta simpati. Tambahnya lagi, beliau tidak mahu episod sedih seperti yang berlaku kepada mendiang bapanya terjadi lagi.

Uncle Kentang memilih untuk sediakan van jenazah umat Islam kerana sudah banyak bisnes untuk pengkebumian kaum Cina dan kaum India dilakukan. Pastinya inisiatif yang dilakukan oleh Uncle Kentang ini sedikit sebanyak dapat membantu ramai orang dan memberikan inspirasi kepada anda.

Tahukah anda bahawa Uncle Kentang pernah tampil dengan projek Uber 10 sen? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Projek ‘Uber 10 Sen’ Bantu Golongan Miskin Di Malaysia

Selepas ElewsMart, Ebit Lew Wujudkan ‘Food Bank’ Khas Untuk Membantu Golongan Yang Memerlukan