Nama Merhan Karimi Nasseri pasti diingati warga dunia kerana beliau merupakan ‘watak utama’ dijadikan inspirasi buat pengarah ternama, Steven Spielberg dalam penghasilan filem The Terminal yang dilakonkan oleh Tom Hanks.

Terbaharu, Merhan dilaporkan meninggal dunia pada hari Sabtu lalu selepas serangan jantung di Terminal 2F lapangan terbang sekitar tengah hari, terang seorang pegawai dengan pihak berkuasa lapangan terbang Paris. Polis dan pasukan perubatan cuba merawat tetapi tidak dapat menyelamatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau tinggal di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Perancis dari 1988 hingga 2006, gara-gara surat rasmi yang mengesahkan bahawa dia merupakan ‘pelarian’ hilang sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang itu.

Sumber Gambar: South China Morning Post

Sebelum ini Steven Spielberg pernah memberikan royalti sebanyak USD300,000 (~RM1.2 juta) kepada Mehran sebagai tanda penghargaan pengambilan hak cipta kisah peribadinya. Beliau dikhabarkan menggunakan duit royalti tersebut untuk membina kehidupan baharu di England setelah hampir dua dekad terperangkap di lapangan terbang tersebut.

Bagaimanapun pegawai lapangan terbang itu menyatakan Mehran telah ‘kembali’ tinggal di terminal lapangan terbang semula sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sumber