Foto seorang lelaki yang memegang pasport Israel di hadapan Menara Berkembar Petronas pernah heboh di kalangan rakyat Malaysia pada 11 Jun 2016.

Lelaki yang bergambar di hadapan banggunan ikonik Malaysia itu adalah aktivis warga Israel, Rudy Rochman yang menuduh Malaysia melakukan diskriminasi tidak berasas terhadap warga Israel.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Sejak gambar itu dimuat naik, ia tular dan turut dikongsi oleh beberapa media dan organisasi antarabangsa, antaranya adalah StandWithUS.

Organisasi bukan untung yang berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat itu  mempunyai lebih daripada 950,000 pengikut di Facebook, dan 55,000 pengikut di Twitter.

Call for awareness!This photo was taken in Kula Lumpur, Malaysia, where Israelis are forbidden to enter because of…

Posted by ‎Rudy Rochman רודי רושמן‎ on Friday, June 10, 2016

Bukan itu sahaja, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 2016 turut menggesa agar Rochman disenarai hitam daripada memasuki Malaysia selepas melakukan penipuan untuk masuk ke negara ini.

“Rudy Rochman mesti diharamkan masuk ke negara ini atas pasport apa pun selepas ini.

“Bukan sahaja kerana dia rakyat Israel, bahkan kerana dia membuat kenyataan provokasi terhadap kedaulatan undang-undang negara,” kata Ketua Penerangan ISMA Mohd Hazizi Ab Rahman seperti dilapor oleh MalaysiaKini.

Pengalaman diharamkan di Malaysia

Namun, beberapa hari lepas, Rochman kembali menjadi buah mulut rakyat Malaysia apabila dia menceritakan kembali detik diharamkan dari memasuki Malaysia.

Dia memuat naik satu catatan panjang di halaman Facebook miliknya dengan menyatakan bahawa pada ketika dia berumur 23 tahun, dia telah dilarang dari memasuki Malaysia kerana menjadi warganegara Israel.

Dia turut memuji Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya sebelum mendakwa negara dengan 33 juta penduduk itu dipimpin oleh kerajaan yang “sangat xenofobia terhadap Israel” dan Perdana Menteri yang anti-Semitik.

Illegal Israeli passport in Kuala Lumpur, Malaysia. (2015)In 2015, at the age of 23, I got personally banned from…

Posted by ‎Rudy Rochman רודי רושמן‎ on Monday, February 15, 2021

“Dengan pemimpin seperti ini, Malaysia jelas mempunyai pemerintahan yang sangat anti-Semitik. Sekarang masuk akal mengapa Malaysia, seperti beberapa negara lain yang dipimpin oleh pemimpin yang membenci Yahudi, mempunyai kenyataan di halaman pertama pasport mereka ‘sah untuk semua negara kecuali Israel,” katanya.

Rochman kemudian menjelaskan bahawa kunjungannya ke Malaysia bukanlah dirancang dan juga bukan berniat untuk menyerang budaya atau rakyat Malaysia. Dia mendakwa bahawa transit 8 jam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur telah membuka peluangnya untuk melihat-lihat kota ini.

Disebabkan dia lahir di Perancis dan mempunyai sehelai kertas yang disebut pasport Perancis, jadi ia membuka peluang kepada Rochman untuk mengembara ke beberapa tempat di Kuala Lumpur sebelum mengambil gambar di hadapan menara berkembar dan mencetuskan provokasi kepada rakyat Malaysia.

“Setelah menjelajah pasar, kami tiba di menara Kuala Lumpur, yang merupakan tarikan utama ibu negara Malaysia. Saya mengambil gambar dengan pasport Israel saya dan menulis sebuah catatan yang menyatakan dengan jelas bahawa saya mengutuk kerajaan [Malaysia], bukan rakyat [Malaysia],” katanya.

Walaupun Putrajaya mungkin anti-Semitik dan melarang pemegang pasport Malaysia memasuki Israel, katanya, negara Israel masih membenarkan rakyat Malaysia masuk, walaupun perlu menggunakan dokumen berasingan untuk mengelakkan masalah bagi pelancong Malaysia.

Rochman, yang bertugas sebagai tentera elit dalam Angkatan Bersenjata Israel, secara aktif telah menghabiskan waktunya dalam usaha untuk mempromosikan hak Israel wujud sebagai sebuah negara.

Tidak cukup ‘tangan’ lawan COVID-19, Israel mula minta bantuan negara Islam. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Masjid Tertua Di Dunia Ditemui Di Israel, Dipercayai Dibina Oleh Sahabat Nabi

Ketua Agama Yahudi Israel Dakwa Vaksin COVID-19 Buatkan Lelaki Menjadi Gay

 

Anda Mungkin Suka