‘Cabaran’ kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 90an adalah perang melawan mitos. Anda boleh bertanya kepada sesiapa sahaja yang pernah melalui zaman 90-an, mereka pasti pernah mendengar kisah anak derhaka yang disumpah menjadi ikan pari.

Tidak dapat tidak, itulah sebahagian pengalaman kanak-kanak 90an, diceritakan kisah dongeng dengan tujuan untuk menakut-nakutkan sambil menyuntik sedikit pengajaran.

Salah satu kisah dongeng yang pernah tular pada zaman 90-an adalah gambar seekor jin yang bertenggek di salah sebuah gua. Dikatakan bahawa gambar tersebut diambil di Gua Hira, tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama dari Allah.

kisah-sebenar-jin-yang-dikatakan-dari-gua-hira-5

Katanya gambar itu telah dikeluarkan sendiri oleh pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE). Diceritakan bahawa seorang lelaki telah pergi ke gua tersebut walaupun telah diberi amaran.

Kejadian malang telah menimpanya selepas salah seorang dari kawannya hilang. Beberapa jam kemudian mereka mendapati temannya itu mati dan satu gambar yang terdapat di kameranya adalah gambar seekor jin yang bertenggek di dinding gua.

Namun sejauh mana kebenaran dari cerita ini? Adakah benar jin tersebut telah mengambil nyawa kawannya atau ada cerita disebaliknya?

penjelasan-majalah-forteantimes-tentang-jin-gua-hira

Sebenarnya, ‘jin di Gua Hira’ ini sebenarnya adalah salah satu patung goblin yang terletak di Cheddar Showcaves & Gorge, United Kingdom. Ia dibina dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sana sejak mula membukanya pada tahun 1991.

Majalah British, ForteanTimes pada tahun 1995 dan juga wartawan Turki, Ali Muret Guven pada tahun 2009 pernah menerbitkan risalah mengenai hal ini. Apa yang mereka temui adalah sebuah patung goblin bersama-sama dengan patung Lord of the Rings yang dicipta oleh Rowland Pavey.

Pekerja di Cheddar Showcaves & Gorge juga turut menafikan bahawa tujuan patung goblin diletakkan disitu bukanlah untuk menakut-nakutkan pengunjung, apa lagi memburukkan negara arab.

kisah-sebenar-jin-yang-dikatakan-dari-gua-hira-2

Jadi, cerita ‘jin di Gua Hira’ itu hanyalah mitos yang direka-reka dengan tujuan untuk menakut-nakutkan orang ketika itu. Akibat dari kekurangan capaian informasi pada zaman dahulu, agak sukar untuk mengesahkan cerita tersebut.

Dengan terjawabnya kisah misteri ‘jin di Gua Hira’ yang pernah tular pada zaman 90an ini, diharapkan ia tidaklah disensasikan lagi. Walaupun ia dilihat sedikit hardcore kerana melibatkan tempat yang membentuk sejarah Islam sekarang, tetapi itu hanyalah mitos yang direka-reka dengan tujuan untuk memberi pengajaran.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Misteri Sebuah Rumah Yang Dikaburkan Gambarnya Oleh Google Maps

Kejadian Misteri Di Kedah, Penduduk Terkejut Kubur Di Alor Setar Mendap Dan ‘Berdarah’

‘Masa X-Ray Nampak, Tapi Waktu Bedah Hilang’ – Viral Gambar X-Ray Wanita Pakai Ribuan Susuk

Sumber