Beruang matahari adalah merupakan salah satu spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 di negara kita.

Memiliki beruang tersebut tanpa permit khas di negara ini boleh menyebabkan seseorang itu didenda sehingga RM200,000 dan dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Pada pertengahan tahun lalu, kita digemparkan dengan penyebaran gambar seekor beruang matahari yang dikatakan dikurung di sebuah kompleks kediaman oleh seorang artis tempatan Zarith Sofia.

bh
Keratan akhbar Berita Harian pada pertengahan tahun lalu yang melaporkan penahanan artis tersebut

Selepas beberapa bulan, akhirnya artis tersebut yang juga merupakan bekas peserta rancangan realiti tempatan akhirnya didenda sebanyak RM27,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini.

Dia yang didakwa menyimpan haiwan itu tanpa permit didenda RM20,000 kerana menyimpan anak beruang itu tanpa permit khas manakala RM7,000 lagi bagi pertuduhan mengurung anak beruang matahari itu di dalam premis yang tidak sesuai atau kondusif.

Walaupun niat Zarith menurut peguamnya hanya untuk menyelamatkan haiwan tersebut dan beruang matahari itu berada dalam keadaan sihat ketika ditemui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dia tetap dijatuhkan hukuman denda tersebut.

Menurut Pegawai Pendakwa Jabatan PERHILITAN, Nazarudin Kamarudin hukuman itu dicadangkan bagi mendidik masyarakat di negara tentang kesalahan berkaitan hidupan liar serta memberi pengajaran kepada artis tersebut.

Memiliki haiwan peliharaan bukanlah perkara yang salah di sisi undang-undang sekiranya mereka bukan dari golongan yang terancam seperti beruang matahari ini.

Baca kisah pensyarah ini yang mendedikasikan hidupnya untuk membantu haiwan-haiwan di jalanan seperti yang kami pernah kongsikan sebelum ini.

Pensyarah Ini Gunakan 80% Dari Gajinya Untuk Memberi Makan Dan Merawat Haiwan Jalanan

Pulau Kucing Di Pahang Ini Jadi Tarikan Terbaru Buat Peminat Kucing Di Malaysia

Hotel Di Jepun Tampil Kelainan Sediakan ‘View’ Kucing Comel Buat Pelanggannya

 

Sumber