Berfikiran positif.

Selama ini banyak sekali yang membicarakan bagaimana untuk berfikiran positif kerana ini merupakan antara cara untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Tapi amat jarang sekali perbincangan tentang cara kita mati dan meninggalkan dunia ini juga sebenarnya boleh dicapai dengan cara yang positif dan mudah untuk di aplikasikan.

Kami ingin membawa anda untuk sama-sama memahami kupasan tentang ‘mati dengan cara positif’ ini dari sudut yang lebih mudah untuk difahami hasil dari perkongsian Faiz Sufi.

width=

The Power of Visualization

Hang dok visualize keta Lambo,sebab tu hang pi jenjalan memana, kereta tu muncul mai depan hang.

Tak lama lagi dah tu.

Seloroh kawan aku ketika sesi pembuka bicara di kedai makan semalam.

===============================

Sekarang ni, hang visualize satu perkara penting dalam hidup hang.

Visualize pada saat hang mati.

Bayangkan diri kita ini, keluar daripada jasad dan melihat body kita tu sedang terkujur kaku.

1) Apakah cara kematian yang hang mahukan? Mati syahid ? Mati lemas? Sakit tua? Penyakit kronik ?

Nak kaedah kematian yang bagaimana? Kita boleh pilih dan mohonlah.

2) Apakah tempat kematian yang hang idam-idamkan? Si Mekah? Di medan perang? Di kelab malam? Di rumah?

Nak tempat kematian di mana? Kita boleh pilih dan mohonlah.

3) Siapa yang berada di sisi hang ketika hang sedang nazak kelak? Anak bini? Rakan seperjuangan? Doktor?

Mesti la orang yang berada di sisi hang itu adalah mereka-mereka yang berada di tempat yang sama. Di medan jihad ? Ada rakan seperjuangan-mu. Di rumah ? Ada anak isteri dan cucu-mu

4) Siapa yang jadi imam untuk solat jenazah hang? Imam mana yang hang nak?
Kalau hang nak imam Mekah, mesti chances hang pi Mekah tu kena banyak kali.

Kalau imam masjid kampung hang, pi la jengoi jengoi masjid tu sama.

5) Siapa dan berapa ramai orang awam datang melihat jenazah hang ?

Orang yang datang tengok jenazah kita, mestilah orang-orang yang kenal kita.Orang orang yang terhutang budi dengan kita. Orang orang yang menghormati kita ketika hidup.

Seronok tak kalau jenazah kita disolatkan sampai jemaah melimpah keluar masjid.
Dah la melimpah keluar, buat solat jenazah 2 , 3 kali pulak tu.

6) Mahu dikebumikan di mana jasad tubuh-mu ?
Di dalam laut ? Di perkuburan Baqi’ ? Di dalam perot rimau ?

Visualize tempat yang kita mahu. InsyaALLAH dapat.

===============================

Pertanyaan-pertanyan dari kawan aku semalam, buat aku tersentap.

Sekiranya aku mahu anak lelaki aku menjadi imam solat jenazah-ku, maka dia perlu datang dari acuan ajaran agama yang baik juga.

Siapa yang nak ajar dia agama ? Aku-lah ! sebagai ayah-nya.

Sekiranya individu yang berada di sisiku ketika saat kematian, mereka ini mesti manusia
yang rapat dengan-ku.

Kalau aku visualize isteri, maka mesti aku cari isteri yang baik baik aja.

Kalau aku visualize medan jihad, mesti aku bercita cita mahu ke sana.

===============================

Aku mahu sebuah kehidupan dunia yang baik, sudah visualize nak memiliki rumah yang baik dan besar.
Idam idamkan kereta yang bagus dan hebat ciptaannya. Kepingin memiliki hidup yang serba serbi cukup.

Why not visualize how you should die ?

Credit : Faiz Sufi, dengan izin.

____________________________________

Tarik nafas anda dalam-dalam. Tenangkan diri. Kosongkan minda anda. Let’s start visualize and design our death in a positive way as well.

Like page The Vocket di Facebook.