Perodua Alza 2022 menjadi salah ‘fenomena’ model MPV di pasaran Malaysia apabila kereta tujuh-tempat duduk itu telah menerima lebih 30,000 tempahan awal sejak ia dibuka pada 23 Jun (termasuklah hampir 4,000 tempahan daripada pemilik Alza sebelum ini).

MPV itu dilengkapi pelbagai ciri-ciri terkini yang canggih setanding dengan model-model dari luar negara. Terbaharu, portal automotif Paultan.org melaporkan pihak Perodua mengesahkan pembuat kereta dari Rawang itu telah memperoleh pensijilan dan kelulusan yang diperlukan daripada Apple untuk melancarkan fungsi Apple CarPlay — ia merupakan standard Apple yang membolehkan head unit menjadi paparan dan pengawal untuk peranti iOS terpilih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@gcmah

Perodua Alza dah ada Apple CarPlay 🍎✅ #Perodua #Alza #Apple #CarPlay #applecarplay #peroduaalza #peroduaalza2022 #gcmah #autobuzzmy

♬ How You Like That – BLACKPINK

Pensijilan itu melibatkan tiga peringkat pembangunan, dengan pelbagai ujian kualiti dan prestasi dalam setiap satu untuk memastikan unit infotainmen berfungsi dengan baik semasa Apple CarPlay dijalankan.

Menurut proses pensijilan, Apple menganggarkan bahawa proses pensijilan Program MFi (Made For iPhone/iPod/iPad) akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan.

Bagi pelanggan-pelanggan yang sudah menerima Perodua Alza 2022 mereka, fungsi Apple CarPlay akan diaktifkan semasa anda membawa kereta apabila untuk diservis atau diperiksa.

Untuk makluman semua fungsi Apple CarPlay dan Android Auto hanya boleh digunakan pada model Alza 2022 varian AV sahaja.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi beberapa lagi artikel berkaitan Perodua Alza 2022 yang pernah The Vocket kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Siap Penumpang Penuh, Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Pula Perodua Alza 2022 Naik Genting Highlands

Ini ‘Review’ Penuh Pemilik Perodua Alza 2022 Selepas Memandunya Selama 3 Hari

‘Ini Barulah Presiden Kelab Sebenar’ – Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Raih Perhatian Netizen