Perodua Aruz merupakan model SUV tujuh-tempat duduk yang mula berada di pasaran tempatan pada Januari 2019. Sebanyak 2,167 unit telah terjual sehingga bulan November untuk tahun 2020 lalu.

Terbaru, model ini telah memasuki pasaran Singapura melalui Perocom Auto, pengedar rasmi Perodua sejak tahun 1997 lagi. Model Aruz menjadi MPV tujuh-tempat duduk pertama yang ditawarkan oleh Perodua di negara Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dengan jualan hampir 58,000 unit di Malaysia sejak pelancarannya pada 2019, Perodua Aruz menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris di Malaysia pada 2019 dan 2020.

“Kami berbesar hati dapat berkongsi kelebihan Aruz – antaranya ruang yang luas, tahap keselamatan yang tinggi, serba boleh, praktikal dan cekap bahan api – dengan jiran selatan kita,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Perodua Aruz yang ditawarkan hanyalah varian 1.5L X dengan harga semasa pelancaran termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Certificate of Entitlement (COE) berjumlah SGD92,999 (RM286,409).

Perocom Auto merupakan pengedar sah Perodua di Singapura yang telah menjual pelbagai model kereta terdahulu seperti Kancil, Kembara, Kelisa, Myvi dan lain-lain lagi.

Pada awal bulan Mac lepas, Perodua telah melancarkan model Ativa yang telah menerima tempahan lebih 5,000 ribu semasa tempahan dibuka pada bulan Februari lalu.

Perodua Ativa Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM61,500

Lihat Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Perodua Ativa Naik Genting Highlands