Lama dinantikan orang ramai, hari ini menjadi saksi apabila Perodua secara rasminya telah melancarkan Perodua Axia 2023. Model mampu milik daripada Perodua ini dilihat hadir dengan rekaan serba baharu yang lebih canggih dan moden bersesuaian dengan peredaran masa.

Menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), model ini hadir dengan saiz lebih panjang dan lebar berbanding model Perodua Axia generasi sebelumnya. Walau bagaimanapun, ketiggian bagi model ini dilaporkan 15mm lebih rendah berbanding model sebelumnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: pandu laju
Sumber: pandu laju
Sumber: pandu laju

Mengulas dari segi enjin, model ini dikuasakan oleh enjin 1.0 liter NA yang mampu menghasilkan 67hp dan 91Nm tork. Menggunakan sistem D-CVT seakan Perodua Ativa, model ini menjanjikan penggunaan bahan api serta prestasi yang lebih efisien.

Lebih hebat, Perodua memaklumkan Perodua Axia 2023 mampu menawarkan penjimatan minyak sehingga 27.4km/l menggunakan sister Eco Idle yang tersedia pada varian AV dan SE.

Sumber: pandu laju
Sumber: pandu laju
Sumber: pandu laju

Sebanyak 4 varian diperkenalkan iatu G, X, SE dan AV di mana model AV selaku model termahal dan tercanggih hadir dengan skrin sesentuh 9-inci, meter digital 7-inci, 6 airbag dan juga tempat duduk semi-leather.

Sebanyak 5 warna yang akan ditawarkan terdiri daripada warna Coral Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White.

Harga bagi Perodua Axia 2023 ditawarkan pada harga serendah RM38,600 bagi varian G, varian X pada harga RM40,600, varian SE pada harga RM44,000 dan juga RM49,500 bagi varian AV.