Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan untuk industri automotif negara apabila Perodua Axia tersenarai dan menduduki tempat ketiga terlaris di negara-negara ASEAN menerusi data yang dikeluarkan Focus2move.

Focus2move merupakan sebuah firma bebas yang mengumpul data-data kenderaan telah mengeluarkan senarai terkini jualan keseluruhan bagi negara-negara ASEAN bagi tahun 2018.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perodua-Axia-G-ABS-and-Price-Increase-File-Photo-2

Data yang ditunjukkan ini jelas menunjukkan Perodua Axia mempunyai rekod penjualan yang kuat setelah berjaya menduduki tempat ketiga dengan hanya penjualan di Malaysia sahaja berbanding beberapa kereta lain yang dijual secara meluas sekitar Asean.

Untuk pengetahuan anda, jenama Toyota masih menduduki tempat teratas dimana Toyota Hilux berada di tangga pertama dan diikuti dengan Isuzu D-Max kemudian Perodua Axia. Malah, Perodua Axia dijual sebanyak 89,373 unit di tempat ketiga mewakili peningkatan sebanyak 33 peratus.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber