Mula hadir dengan gambar ura-ura sejak dua minggu lalu, akhirnya Perodua pada hari ini telah melancarkan Perodua Bezza facelift 2020 secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Perodua Bezza 2020 ini juga sekaligus menjadi facelift pertama bagi model ini sejak dilancarkan di pasaran.

Dari segi rekaan, Bezza 2020 tampil dengan rekaan yang lebih spoty dengan penyertaan lampu LED yang lebih tajam. Bumper hadapan dan belakang bagi model terbaru ini juga turut dilihat ‘maskulin’ berbanding sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara perubahan terbesar Bezza 2020 sudah pastinya penyertaan sistem keselamatan yang lebih baik dimana kesemua varian Bezza 2020 bakal dilengkapi dengan sistem brek ABS dan EBD.

Bezza-2020-32

Bezza X dan Bezza AV pula bakal turut ditambah dengan sistem kestabilan elektronik (ESC) serta sistem kawalan cengkaman (TRC). Sama seperti model facelift Peroda Axia varian tertinggi, Bezza AV turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan ASA 2.0.

Enjin bagi model facelift ini masih lagi dikekalkan dengan penggunaan enjin 1KR-VE 1.0 liter VVT-i dengan 67 kuasa kuda dan 91 NM serta enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i berkuasa 94 hp/121 Nm. Penggunaan sistem Eco Idle mampu membolehkan Bezza mencapai penggunaan bahan api serendah 22 km/l.

Sebanyak enam warna ditawarkan buat Bezza 2020 untuk dipilih para p iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey dan Garnet Red untuk.

Bezza-2020-27-780×470
Sumber: Careta
Bezza Facelift 2020
Sumber: Careta

Sempena pengeluaran Perodua Bezza 2020, jenama ini telah menawarkan sebanyak empat varian buat para pengguna bermula dengan varian 1.0 G Manual yang hadir dengan harga RM34,580. Varian 1.0G Automatik ditawarkan pada harga RM36,580, 1.3X dengan harga RM43,980 dan model paling premium pada keempat varian ini adalah 1.3 AV dengan harga RM49,980.

Berdasarkan harga, jelas Bezza 2020 mengalami sedikit peningkatan harga berbanding model sebelum ini walau bagaimanapun dengan penyertaan beberapa ciri terbaru, ia mungkin berbaloi buat para peminat.

Model Bezza 2020 juga sekaligus bakal menjadi pencabar terdekat kepada Proton Sage 2019 yang dilihat semakin menjadi pilihan para pengguna. Agak menarik untuk menyaksikan adakah Bezza 2020 mampu menyaingi jualan Proton Saga 2019.

Antara berita hangat pada minggu ini sudah pastinya mengenai cadangan kerajaan untuk mendapatkan 32 buah Toyota Vellfire baharu untuk kegunaan para menteri. Turut dikongsikan, penguatkuasaan saman RM300 buat penumpang tempat duduk belakang yang tidak memakai seat belt.

Vellfire Dan Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi

Anda Bakal Disaman RM300 Jika Penumpang Tempat Duduk Belakang Tidak Pakai ‘Seat Belt’

Sumber