Dua minggu sebelum bulan Jun berakhir, kerajaan telah membuat ‘pengumuman peringatan’ tarikh terakhir pengecualian cukai jualan kenderaan tetap pada 30 Jun.

Pelbagai pihak menjangkakan tempahan kenderaan akan meningkat kerana orang ramai tidak mahu melepaskan insentif tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampaknya perkara itu menjadi kenyataan apabila Perodua mengumumkan pihaknya telah mencatatkan rekod tempahan tertinggi dalam tempoh 24 jam pada hari terakhir Jun lalu.

Sumber Gambar: Perodua

“Pada hari terakhir inisiatif itu, Perodua menyaksikan tempahan harian tertinggi pada 30 Jun 2022 dengan 25,100 tempahan kenderaan telah diambil. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan ianya bukti potensi pertumbuhan industri automotif Malaysia dengan pemberian insentif yang betul.

“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah melanjutkan tarikh akhir penghantaran kepada 31 Mac 2022 dan kami amat memerlukan tempoh itu untuk memenuhi permintaan yang ada setakat ini,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Memetik kenyataan rasmi dikeluarkan, untuk enam bulan pertama tahun ini, Perodua menjual 127,343 kenderaan dengan lonjakan 30% daripada 97,290 unit yang dijual dari Januari hingga Jun 2021 berikutan permintaan kukuh untuk kenderaan pada separuh pertama 2022 disebabkan oleh tarikh akhir pengecualian cukai jualan.

Daripada 127,343 unit yang didaftarkan, Perodua Myvi masih menjadi model paling laris dengan 38,039 unit didaftarkan diikuti dengan Perodua Axia sebanyak 29,183 unit dan Perodua Bezza sebanyak 28,719 unit. Walaupun begitu, Perodua Bezza semakin popular kerana ia merupakan model yang paling dicari pada masa ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya memohon maaf kepada para pelanggan yang terpaksa menunggu lama untuk menerima kenderaan, bagaimanapun isu itu sedang diatasi sebaiknya untuk meningkatkan lagi pengeluaran kami.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Khabarnya Perodua Alza baharu terima sambutan sangat mengalakkan walaupun pelancaran masih belum dibuat. Baca lebih lanjut spesifikasi yang didedahkan melalui pautan di bawah.

Tempahan Perodua Alza Serba Baharu Dibuka Dengan Harga Bermula RM62,000

Perodua Mahu Perkenalkan Kereta Elektrik Tempatan Yang Mampu Dimiliki Orang Ramai

Perodua Sedang Pertimbangkan Untuk Jual Kereta Terpakai Ke Luar Negara