Sebanyak 3,000 pelanggan Perodua yang mendaftar untuk membuat pembelian model Myvi baharu tidak dapat meneruskan pendaftaran mereka.

Menurut Perodua, model Myvi baharu terpaksa diberhentikan sementara waktu kerana gangguan bekalan di salah satu vendornya. “Kami memohon maaf kerana kami tahu pelanggan tidak sabar untuk menantikan kereta baharu mereka.” kata Datuk Dr Zaharu Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd.

Beliau berkata, keutamaan Perodua kini adalah untuk menyerahkan model terbaru itu kepada 3,000 pelanggan yang sepatutnya dijadualkan menerima kenderaan mereka sebelum 1 September ini.

Namun ada yang berpendapat langkah ini dibuat kerana harga kereta akan bertambah disebabkan pertukaran sistem cukat GST kepada SST yang akan dilaksanakan kelak. Jika anda tergolong dalam 3,000 pelanggan yang menantikan kereta Myvi baharu, bersabarlah.

Sumber