Perodua baru sahaja mengeluarkan teaser untuk generasi model terlaris mereka, Myvi. Dan tempahan untuk model 2018 ini sudah boleh mula ditempah bermula 9 November 2017.

“Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar,” kata CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

myvi pam

Ianya seperti biasa akan hadir dengan dua pilihan enjin, 1.3l dan 1.5l dengan harga bermula RM 44,300 (tanpa insurans). Model Myvi terbaru juga akan lebih panjang dan lebar daripada model yang sebelumnya. Lima varian akan ditawarkan; 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT).

Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli kereta baharu, boleh ke showroom Perodua yang terdekat untuk membuat tempahan. Perodua juga akan menayangkan model terbaru Myvi ini di Malaysian Autoshow 2017 yang akan berlansung hujung minggu ini (9-12 November 2017) di MAEPS, Serdang. Untuk bacaan lebih lanjut, boleh baca di sini.

Sumber