Setelah pihak Perodua berkongsi gambar teaser beberapa spesifikasi model yang ditawarkan pada sepuluh hari lalu, akhirnya model Myvi 2022 dilancarkan secara rasmi.

Memetik portal Paultan.org, Perodua telah membelanjakan kira-kira RM50 juta untuk membangunkan model Myvi yang dikemaskini dengan pelbagai perubahan dibuat untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan. Pembangunan model kod ‘D51A’ ini bermula sejak Februari 2019 lalu, iaitu kira-kira hanya selepas setahun model ‘G3’ ini diperkenalkan dalam pasaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara perubahan yang dibuat ialah dari segi teknologi terkini, penjimatan bahan api yang lebih baik dan ciri keselamatan pintar telah dipertingkatkan. Pada masa yang sama, penampilan Myvi 2022 pada kali ini hadir dengan rekaan yang lebih sporty dan turut ditawarkan dengan warna baharu.

Sumber Gambar: Perodua
Sumber Gambar: Perodua

Sejak tempahan dibuka pada 9 November yang lalu, Perodua telah menerima tempahan daripada orang ramai kira-kira 4,303 unit dan dijangka sebanyak 6,000 unit model Myvi baharu ini akan didaftarkan pada setiap bulan.

“Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelanggan kami atas sokongan yang diberikan kepada Perodua dan Myvi baharu.

Kami menjangkakan sebanyak 6,000 unit Myvi baharu akan didaftarkan setiap bulan, yang mana ini membolehkan kami mengekalkan kecenderungan jualan Myvi pada masa akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Sumber Gambar: Perodua
Sumber Gambar: Perodua

Pada kali ini Perodua menawarkan lima varian Myvi 2022 yang terdiri daripada 1.3L G (tanpa sistem ‘Perodua Smart Drive Assist’) yang berharga RM47,500, 1.3L G (RM47,700), 1.5L X (RM49,900), 1.5L H (RM53,900) dan 1.5L AV (RM58,800). Harga yang ditawarkan termasuk pengecualian cukai jualan (sehingga 30 Jun 2022) dan tanpa insurans. Pihak Perodua juga menawarkan waranti selama 5 tahun atau 150,000 km (mana-mana dahulu).

Antara kemaskini yang ada pada model ini ialah lampu nyalaan siang LED, transmisi D-CVT dari model Ativa dan penggunaan bahan api kini 5% lebih cekap. Dari segi keselamatan pula, Myvi 2022 dilengkapi dengan sistem ASA 3.0 (Advanced Safety Assist), AEB (Automatic Emergency Braking) dan juga ADAS (Advanced Driver Assist System).

Pada bahagian ruangan dalam kabin pula, Perodua menggunakan kemasan kulit berwarna merah hitam pada bahagian tempat duduk, stereng baharu serta skrin sentuh bersaiz 6.9-inci yang digunakan sama pada model Ativa.

Jika anda mahu memiliki kenderaan pertama yang mempunyai sistem ADAS pada harga kurang RM60,000, bolehlah kunjungi pusat jualan dan pameran Perodua berhampiran atau terus menempah Myvi 2022 melalui laman web rasmi Perodua di sini.

Sumber Gambar: Perodua
Sumber Gambar: Perodua
Sumber Gambar: Perodua
Sumber Gambar: Perodua
Sumber Gambar: Perodua

Klik pautan di bawah untuk melihat gambar teaser serta spesifikasi yang ditawarkan oleh Perodua melalui pautan di bawah.

Perodua Myvi 2022 Hadir Dengan 5 Varian, Tempahan Dibuka Bermula Harga RM45,700

Teruja Jumpa Myvi Di Luar Negara, Reaksi Pelajar Malaysia Ini Curi Perhatian Netizen

Sumber