Tiga tahun di pasaran, model terlaris daripada Perodua iaitu Myvi pada hari ini berjaya menerima kemas kini menerusi penawaran warna baharu beserta ciri sokongan keselamatan tambahan.

Menerusi kemas kini terbaru ini, Perodua nampaknya mahu menawarkan ciri keselamatan yang lebih baik buat para pemandu menerusi sokongan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 buat kesemua varian berbanding varian 1.5 AV seperti sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

107825736_2891050964356585_7087211186268195435_o

107290918_2891051147689900_6579917509302079875_o

Tidak hanya menawarkan ciri keselamatan, warna Electric Blue antara yang diperkenalkan bersesuaian dengan model ini yang sering kali menjadi pilihan golongan muda. Warna Granite Grey yang sebelum ini ditawarkan pada varian 1.5L sedia ditawarkan pada varian lain kecuali varian 1.3 G.

Harga bagi Perodua Myvi tidak meningkat buat tiga varian merangkumi varian 1.3G MT, 1.3G AT dan 1.3X dengan harga permulaan RM41,292. Pemilihan untuk mendapatkan sokongan ASA 2.0 pada varian 1.3X bakal dikenakan cas tambahan RM2,000.

Varian 1.5 dilihat menerima peningkatan harga sebanyak RM2,000 dimana model ini sedia dijual dengan harga RM50,530 manakala varian 1.5 AV ditawarkan dengan harga RM500 lebih tinggi iaitu RM52,697. Harga yang diumumkan adalah harga di atas jalan raya insuran beserta pengecualian cukai kereta 2020.

Pada tahun lalu, Perodua Myvi telah dilancarkan di Singapura dengan harga sekitar RM197,093. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Perodua Myvi Dilancarkan Di Singapura Dengan Harga RM197,093

Gara-Gara Langgar Viva Hingga Remuk, Pemilik Lamborghini Belikan Mangsa Myvi Sebagai Ganti