Pada akhir bulan lalu pengguna media sosial saling berkongsi pendapat setelah melihat beberapa gambar dan video model Myvi facelift 2022 dirakam sedang melakukan pengambaran iklan komersial di tempat awam.

Terbaharu, Perodua telah mengumumkan model Myvi generasi ketiga kini ditawarkan dengan beberapa varian terdiri daripada 1.5 liter AV (Advance), 1.5 liter H, 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G. Kesemua varian cuma hadir dalam transmisi automatik sahaja disebabkan pihak Perodua telah menghentikan pengeluaran transmisi manual daripada barisannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Myvi terbaharu ini tampil dengan beberapa penambahbaikan serta beberapa teknologi baharu yang memang diperlukan oleh setiap pemilik kenderaan pada masa kini.

Sistem bantuan keselamatan pemanduan (Advance Safety Assist) pada model 2022 kini ditambah baik dengan penggunaan Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang sama diguna pakai pada model Perodua Ativa.

Fungsi tersebut hadir pada beberapa varian terpilih iaitu AV, H dan X serta salah satu varian G yang mempunyai teknologi mampu meningkatkan lagi keselamatan pengguna model Myvi baharu ini.

Sumber Gambar: Paultan

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, beliau menyatakan Myvi 2022 mempunyai fungsi kecekapan bahan api yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi baharu di mana ia kini mampu mencapai sehingga 22.2 km/l (diuji pada varian 1.3L) dari 21.1 km setiap liter sebelum ini.

“Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan kami yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan Standard Terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” tambah beliau lagi.

Kereta hatchback kebanggaan negara Malaysia ini hadir dengan enam pilihan warna menarik iaitu ‘Cranberry Red’ (varian AV sahaja), Lava Red (semua varian kecuali AV), ‘Ivory White’, ‘Glittering Silver’, ‘Granite Grey’ dan ‘Electric Blue’.

Perodua menyatakan kereta ini boleh didapatkan dengan harga pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022 nanti bermula dari RM45,700 hingga RM58,800 tanpa insuran.

Jika anda berminat untuk mendapatkan model baharu Myvi generasi ketiga yang hadir dengan reka bentuk diubah suai dan lengkap dengan pelbagai teknologi baharu, anda bolehlah kunjungi pusat jualan dan pameran Perodua berhampiran atau terus menempah melalui laman web rasmi Perodua di sini.

Sementara itu, anda juga boleh lihat model SUV Perodua Ativa yang turut digemari oleh orang ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Dilengkapi Enjin Turbo, Ini Kos ‘Maintenance’ Perodua Ativa Yang Anda Kena Tahu

Tempahan Model Perodua D55L Kini Dibuka, Harga Ditawarkan Bermula Daripada RM62,500

Perodua Ativa Dilancarkan Secara Rasmi, Harga Bermula RM61,500

Sumber