Setelah lebih setahun dilancarkan di Malaysia, model generasi terbaru Perodua Myvi akhirnya dilancarkan di Singapura. Pelancaran ini berjaya disambut baik oleh lebih 250 pelanggan di Perocom Auto di Ubi, Singapura.

Sebanyak dua variasi ditawarkan iaitu 1.3X AT serta model dengan spesifikasi lebih tinggi iaitu 1.5H AT. Apa yang mungkin mengejutkan ramai sudah pastinya harga Perodua Myvi yang ditawarkan di Singapura dimana model 1.3X AT ditawarkan dengan harga S$64,800 (RM197,093) manakala 1.5H AT dengan harga S$69,800 (RM212,301). Harga yang dinyatakan termasuk GST serta cukai yang diletakkan Singapura.

DSCF3853
Sumber: Motortrader

Menurut pengarah urusan Perocom Auto, John Ng penerimaan Perodua Myvi yang tinggi di Malaysia sekaligus menunjukkan indikasi bahawa model ini bakal turut berjaya dengan pelancarannya di Singapura.

Untuk pengetahuan, sejak mula diperkenalkan di Malaysia Perodua telah berjaya menjual sebanyak 110,000 unit Myvi generasi terbaru setakat ini. Pada tahun lalu Perodua telah melancarkan Myvi di Indonesia namun model tersebut dijenamakan sebagai Daihatsu Sirion.

MYvi-back

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana prestasi penjualan kereta ini di Singapura. Nampaknya selepas ini lebih banyak Perodua Myvi bakal menghiasi jalan raya di Singapura.

Sumber