Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) sedang berlangsung ketika ini di Malaysia International Trade and Exhibition Centre dari 23 November sehingga 2 Disember 2018.

Pelbagai jenama kereta dari dalam dan luar negara mendedahkan model terbaru yang akan dipasarkan mereka di masa akan datang kepada para pengunjung. Namun, setakat ini model yang paling menjadi tumpuan adalah Perodua Myvi GT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perodua Myvi GT adalah satu daripada 3 model khas yang bakal dipertontonkan kepada pengunjung KLIMS. Dua model lain adalah Perodua X-Concept dan juga sebuah lagi model SUV yang ketika ini ‘disimpan’ dalam kotak khas oleh pihak Perodua.

Rekaan Myvi GT ini sangat menarik perhatian kerana rekaan sporty kereta ini menambahkan lagi kecantikan Myvi sedia ada. Antara ciri khas yang ditambah pada Myvi GT ini termasuklah rekaan garisan pada bahagian badan, skirting yang lebih menarik, tayar bersaiz 17-inch, brake pads jenama Brembo dan panel sunroof! Bahagian dalam juga diberi perincian yang hebat dengan stereng yang lebih sporty serta bucket seat ala Recaro.

Enjin untuk Myvi GT pula bagaimanapun masih lagi menggunakan enjin standard Myvi tanpa pengubahsuaian. Myvi GT ketika ini hanya sekadar kereta konsep daripada Perodua dan mungkin menjadi asas untuk keluaran Myvi SE yang akan dikeluarkan oleh pihak Perodua di masa akan datang.

Sekiranya Myvi GT ini dihasilkan untuk keluaran umum, kami yakin pasti ramai yang akan membuat tempahan! Jika anda mahu melihat Myvi GT ini secara lebih dekat, boleh lah ke KLIMS 2018 hujung minggu ini.