Sejak pada minggu lalu, imej tertiris Perodua Bezza 2020 sering dilihat di internet. Kehadiran model terbaru ini di lebuh raya sekaligus memberi bayangan jenama Perodua bakal mengumumkan model facelift Bezza ini tidak lama lagi.

Pada model Bezza terbaru ini, Perodua nampaknya turut menawarkan kemas kini terbaru selain daripada penawaran rekaan yang lebih sporty dan moden. Selain itu, laman web Perodua memaklumkan model Bezza 2020 bakal hadir dengan tiga varian berbeza. Berikut merupakan rekaan yang dikongsikan oleh Facebook The Ajerul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

81277033_2441152226013130_1182794784561954816_o

bezza-2020-4

Dari segi ciri-ciri yang ditawarkan, dilihat tidak banyak perubahan yang ditawarkan pada varian G dan X manakala varian AV selaku varian paling premium hadir dengan ciri advanced safety assist 2.0 (ASA 2.0) yang menjanjikan keselamatan yang lebih baik buat para pengguna.

Harga

Mengulas mengenai model mampu milik sudah pastinya harga yang menjadi ukuran. Perodua Bezza bakal ditawarkan dengan harga serendah RM34,580 bagi varian G MT, RM36,850 untuk Bezza G AT, RM43,980 bagi Bezza X dan varian premium Bezza AV hadir dengan harga RM49,980.

81337286_2447821622012857_6102372040478556160_o
Sumber: Facebook The Ajerul

Setakat ini tempahan Perodua Bezza 2020 sudah pun dibuka sekaligus memberi bayangan model ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan mampukah Perodua Bezza 2020 memberi saingan kepada Proton Saga yang berjaya menarik perhatian ramai khususnya golongan muda.

Sempena pelancaran Perodua Bezza 2020, jenama ini nampaknya telah memilih dua duta iaitu Aidil Zafuan dan Safee Sali yang merupakan pemain bola sepak Malaysia. Pemilihan duta yang agak unik pada pendapat kami memandangkan artis dan selebriti sering menjadi pilihan di Malaysia sebelum ini.

Inside-page_D42l_teaser (1)

Turut dikongsikan harga Perodua Myvi di Singapura yang ditawarkan dengan harga sehingga RM197,093. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Perodua Myvi Dilancarkan Di Singapura Dengan Harga RM197,093

Kelibat Perodua Axia ‘Wagon’ Dirakam Menaiki Genting Highlands