Apa yang boleh kita lihat disini, nampaknya pelancaran SUV D38L Perodua semakin hampir apabila syarikat kenderaan nombor satu negara, Perodua telah menerbitkan video ‘teaser’ untuk model terbaru SUV yang ketiga mereka di Facebook rasmi mereka.

Video ‘teaser’ yang berdurasi 40 saat tersebut adalah gabungan ‘teaser’ sebelum ini di mana Perodua lebih memfokuskan kepada keluasan kabin dan keupayaan dengan tujuh tempat duduk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

 

SUV model terbaru ini mempunyai keupayaan sistem keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) yang sebelum ini dipertingkatkan kepada Myvi di mana ianya mampu berhenti apabila mengesan ada pejalan kaki di hadapan dari kelajuan 50 km/h.

Perodua menampilkan model terbaru ini dengan enjin yang efisien bertaraf EEV dengan Dual DVVT-i 1.5L 2NR yang sama seperti enjin Myvi dengan penggunaan bahan api sebanyak 15.6km/l dan juga mempunyai sistem ‘start/stop’ automatik.

All New Terios is My DNA.mp4_snapshot_00.06 rear kembara

Meskipun SUV D38L Perodua ini dibina di kilang yang sama dengan Toyota Rush, ianya mempunyai banyak perbezaan dari segi binaan bamper depan dan belakang, gril dan kemasan sisi serta kemasan dalam lampu LED depan dan belakang juga berbeza sama sekali dengan binaan yang dilakukan kepada model Toyota Rush.

Model ini mempunyai kandungan bahan tempatan yang melebihi 90 peratus dan dibina oleh vendor-vendor milik anak tempatan Malaysia seperti apa yang diimipikan oleh bapa automotif negara kita.

Model terbaru Perodua ini datang dengan harga yang mampu milik dan teknologi yang terbukti mudah dan mampu untuk diservis.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.