Perodua menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir.

Pelanggan Perodua juga boleh menuntut perkhidmatan menunda sehingga maksimum RM100 di kedai servis Perodua berdasarkan syarat yang dikenakan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Selain itu, Perodua juga menawarkan potongan 20 peratus pada alat ganti terpilih kepada pemilik Perodua yang kenderaannya rosak akibat banjir,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, perkhidmatan nilai tambah ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan ketika bencana itu.

“Walaupun beberapa pusat perkhidmatan kami juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia dalam mendapatkan bantuan. Kami melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi kami (di kawasan yang terjejas) secepat mungkin.

“Alat ganti tulen kami dilengkapi dengan jaminan pengeluar dan kami meminta pelanggan untuk tidak menggunakan sebarang alat tiruan kerana ini boleh menjejaskan prestasi kenderaan mereka,” katanya.

Alat ganti ini merangkumi semua barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, tempat duduk kenderaan, trim pintu dan permaidani.

Pelanggan Perodua, yang kenderaannya rosak akibat banjir digalakkan menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol Perodua di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda (terma dan syarat dikenakan).

Sementara itu, netizen terharu lihat rakyat dari seluruh negara sama-sama turun padang bagi membantu mangsa banjir di Lembah Klang. Baca pada pautan di bawah.

Rakyat Malaysia Prihatin, Sanggup Turun Dari Utara Dan Selatan Bantu Penduduk Lembah Klang

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

https://www.thevocket.com/ini-sebab-mengapa-anda-tidak-digalakkan-untuk-redah-air-banjir/

Sumber