Baru-baru ini sebuah syarikat penyelidikan dan perundingan pasaran multinasional dari Paris, Ipsos Group S.A telah mengeluarkan satu laporan kaji selidik yang bertajuk Ipsos Trust Track: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia.

Di dalam laporan tersebut, pihak Ipsos Malaysia telah berkongsikan beberapa keputusan hasil kajian berdasarkan lebih 100 buah syarikat dan institusi di Malaysia.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Indeks kepercayaan berbeza mengikut industri dan sektor – Kepercayaan terhadap syarikat telekomunikasi telah menurun pada tahun 2020. Manakala kepercayaan terhadap syarikat kewangan dan media didapati stabil seperti biasa.

Syarikat dan institusi Malaysia yang paling dipercayai pada tahun 2020 ialah Perodua (74%), Petronas (74%), KWSP (72%), Maybank (69%) dan Pos Malaysia (68%).

vocket-perodua-jenama-paling-dipercayai

Sumber Gambar: Ipsos.com

Ini adalah sebahagian daripada hasil kaji selidik Ipsos mengenai persepsi terhadap lebih dari 100 syarikat dan institusi yang ada di Malaysia. Kaji selidik ini telah melibatkan lebih 4,000 survey yang dilakukan antara bulan Jun dan November 2020 yang lalu.

Walaupun negara kita dilanda pandemik COVID-19, ia sedikit pun tidak mengurangkan kepercayaan terhadap kemampuan syarikat dan institusi tempatan untuk bersama-sama melawan ‘musuh’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Baca artikel-artikel automotif yang berlaku sepanjang tahun 2020 melalui pada pautan di bawah. 

Malaysia Merekodkan 32.3 Juta Kenderaan Bermotor Pada 2020

Honda Kekal Jenama Kereta Paling Laris Di Malaysia 6 Tahun Berturut-Turut

10 Kejayaan Yang Berjaya Dicapai Oleh Proton Sepanjang 2020

 

Anda Mungkin Suka