Bermula Januari lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan larangan merokok di kedai makan. Bermula bulan ini, pihak berkuasa akan mula mengeluarkan saman kepada perokok yang masih tidak mematuhi larangan tersebut. Setakat ini masih belum ada saman dikeluarkan kepada mana-mana pihak.

Pihak kementerian juga menggesa orang ramai untuk memberi kerjasama yang baik sekaligus mengubah sikap perokok untuk menjamin keselesaan bersama di tempat awam.

4EFBWSDVPYI6RPNBDDSTUREKCQ
Sumber: washingtonpost

Secara tidak langsung, perlaksanaan larangan ini dihaap dapat membantu perokok mengurangkan tabiat merokok dan seterusnya berhenti daripada tabiat tersebut.

Perokok yang masih berdegil bakal dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Pengusaha premis juga akan dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.