Sejak pandemik COVID-19 menyerang Malaysia, umum diketahui kehadiran wabak ini telah memberi kesan besar kepada beberapa sektor. Selain itu, orang ramai juga dilihat lebih selesa mengamalkan norma baharu dengan tidak ke tempat awam bagi mengelakkan kesesakan.

Di sebalik serangan wabak yang melanda, muncul pula agensi atau sindiket yang menawarkan ‘servis’ penukaran nama geran tanpa pemilik asal, penghasilan lesen memandu ‘original’ tanpa perlu ujian serta perbaharui cukai jalan tanpa perlu melalui puspakom.

Tawaran yang dilihat menarik bagi sesetengah pihak ini secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai setelah ditawarkan dengan harga yang rendah. Berdasarkan perkongsian, hanya semudah bayar RM390, lesen ‘original’ bakal diberikan kepada pemilik dalam tempoh tiga hari sahaja.

Melihat kepada isu yang sedang tular di media sosial, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) tampil dengan sebuah perkongsian di Facebook dalam menyeru kepada orang ramai supaya tidak mudah percaya serta menghubungi pihak JPJ yang terdekat untuk maklumat lanjut.

Menurut JPJ, sebarang urusan yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak sah. Pihak JPJ juga turut memaklumkan pihak mereka telah membuat laporan kepada pihak PDRM dan SKMM bagi mengatasi isu yang berlaku.

Ikuti juga kisah Nik Zahari yang menolak permintaan penjualan Yamaha RX-Z beliau yang berusia 36 tahun dengan harga RM50,000.

‘Tidak Ada Niat Nak Jual’ – Pemilik Yamaha RX-Z Keluaran 1985 Tolak Tawaran Penjualan RM50,000

‘Langit Tidak Selalu Cerah’- Bekas Pelaku Kongsi Pengajaran Buat Peragut